Hari Bertemu Pelanggan Perak terima 75 aduan di Lenggong

LENGGONG – Kerajaan Negeri Perak terus komited mendekati rakyat dan mendengar permasalahan mereka menerusi penganjuran Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) yang diadakan di Dewan Al-Abqari, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong, pada Isnin.

Program selama tiga jam yang bermula seawal jam 9 pagi itu merekodkan sebanyak 75 aduan, antaranya berkaitan permohonan tanah, kerosakan jalan raya, lampu dan fasiliti kerajaan, isu haiwan liar, serta permohonan bantuan kewangan.

Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Perak Kerajaan Negeri Perak, HBP 2025, program turun padang, aduan rakyat Perak, Jualan Rahmah Perak, MRSM Lenggong
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai ketika hadir pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Keempat Tahun 2025 di MRSM Lenggng, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 JUN 2025.

HBP yang memasuki siri keempat bagi tahun ini melibatkan penyertaan 74 kaunter khidmat pelanggan serta tiga kaunter bergerak daripada agensi-agensi kerajaan berkaitan.

“Ia menyediakan akses yang lebih mudah dan selesa untuk rakyat mendapatkan perkhidmatan serta maklumat secara langsung daripada jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat.

“Bagi menggalakkan aktiviti ekonomi dan membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan, turut diadakan sesi Jualan Murah dan Jualan Rahmah.

“Sesi Jualan Murah dianjurkan oleh Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), manakala Jualan Rahmah disertai SEGI Fresh dan Wretail Enterprise,” menurut kenyataan itu pada Isnin.

Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Perak Kerajaan Negeri Perak, HBP 2025, program turun padang, aduan rakyat Perak, Jualan Rahmah Perak, MRSM Lenggong
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan mendengar aduan orang ramai ketika hadir pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Keempat Tahun 2025 di MRSM Lenggng, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 JUN 2025.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Daerah Hulu Perak merupakan lokasi ketiga bagi penganjuran HBP di luar Ipoh, selaras dengan pendekatan inklusif Kerajaan Negeri Perak untuk memperluas capaian perkhidmatan kepada rakyat di pelbagai kawasan.

“Kerajaan negeri sentiasa memastikan akses kepada perkhidmatan kerajaan diperluas bagi memberikan peluang yang saksama kepada rakyat menikmati manfaat program secara langsung.

“Sehingga siri ketiga dilaksanakan, HBP telah menerima sebanyak 366 aduan, dengan 313 daripadanya atau 86 peratus berjaya diselesaikan, manakala baki 53 aduan (14 peratus) masih dalam proses tindakan lanjut,” menurut kenyataan sama. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Program Hari Bertemu Pelanggan : 796 aduan berjaya diselesaikan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI