Harimau ditemukan mati di tepi penghadang besi WCE

IPOH – Tular di media sosial video seekor haiwan dipercayai harimau akar yang ditemukan maut di Lebuh Raya Pesisir Pantai Barat (WCE) dari Trong menghala ke Beruas dekat sini, hari ini.

Menerusi video berdurasi 22 saat yang dimuat naik di Facebook Pusat Khidmat Adun Changkat Jering kira-kira jam 8 malam itu harimau berkenaan ditemukan terbaring di tepi penghadang besi lebuh raya berkenaan.

Bangkai harimau yang bersaiz besar dan berbau busuk itu turut dihurungi lalat.

Terdahulu, media melaporkan dua terowong laluan haiwan atau ‘animal box culvert’ dibina merentasi Hutan Simpan Bubu pada jajaran WCE sebagai lintasan haiwan liar.

Terowong yang menggunakan kemahiran kejuruteraan tempatan ini adalah yang pertama dibina untuk lebuh raya di Malaysia.

Pembinaan terowong itu secara tidak langsung memberi keunikan pada jajaran sepanjang 35.5 kilometer (km) itu dari Persimpangan Beruas ke Persimpangan Taiping Selatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Harimau kumbang betina ‘terjerat’ selepas dua bulan

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI