IKRAM sumbang RM5,000 tampung perbelanjaan Aidilfitri pelajar PUO

IPOH – Yayasan Ikram Malaysia (IKRAM) menyalurkan RM5,000 menerusi Sumbangan Prihatin Ramadan kepada 50 pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) yang memerlukan.

Menerusi satu kenyataan PUO memaklumkan, pemberian sumbangan itu adalah sebagai usaha untuk membantu menampung perbelanjaan pelajar bagi menyambut perayaan Aidilfitri.

Menurutnya, penerima terpilih menerima sumbangan sebanyak RM100 setiap seorang yang telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua IKRAM Ipoh, Ir Megat Shariffudin Ibrahim.

“Penerima turut menerima sumbangan kewangan dari Pertubuhan Amal Kebajikan Insan (PAKis) serta hasil usaha sama pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) PUO

“Sumbangan dari PAKis dan warga JMSK telah disampaikan sendiri Pengarah PUO, Dr Shamsuri Abdullah,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Wanita IKRAM Ipoh, Nur Hafizah Abdul Kadir.

Pemberian sumbangan ini adalah tahun kedua disampaikan IKRAM kepada warga PUO sejak pertama kali diberikan pada tahun lalu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MPP PUO terima sumbangan RM10,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI