Ipoh capai sasaran 90 peratus bandar raya bersih 2023

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya mencapai sasaran 90 peratus sebagai bandar raya bersih pada tahun lalu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, inisiatif yang digerakkan sejak empat tahun lalu itu berjaya mengurangkan lokasi titik panas sampah haram daripada 1,672 lokasi kepada 120 lokasi.

Katanya, pelbagai usaha bagi mencapai kejayaan itu telah digerakan termasuk dari aspek pengurusan sampah haram, sampah kebun dan pukal, pengedaran tong sampah, ekonomi kitaran, aduan dan sebagainya.

“Pada hujung tahun 2020, terdapat sebanyak 1,672 lokasi titik panas sampah haram di keseluruhan kawasan pentadbiran MBI.

“Mulai tahun 2021 lokasi sampah haram ini telah berjaya ditutup berperingkat-peringkat dan pada 31 Disember tahun lalu telah berjaya mengurangkan sebanyak 1,552 lokasi titik panas.

“Dan kini hanya tinggal 120 sahaja titik panas lokasi sampah haram di seluruh kawasan pentadbiran MBI iaitu pencapaian 202 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penuh MBI Bulan Januari di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Rumaizi berkata pembinaan Pusat Pengumpulan Sampah Domestik di kawasan kampung juga telah menyumbang kepada pengurangan lokasi titik panas sampah haram di sini.

Kata beliau, setakat ini sebanyak 13 pusat pengumpulan telah dibina dan kutipan sampah dijalankan setiap hari.

“Mulai 1 Januari 2024, MBI akan menguatkuasakan pematuhan penyediaan tong sampah di semua premis perniagaan seluruh Bandar Raya Ipoh.

“Adalah menjadi satu kesalahan, sekiranya pemilik premis perniagaan gagal mematuhi mereka boleh dikompaun dengan jumlah RM500 atau tidak melebihi RM1,000,” jelasnya lagi.

Di samping itu, Rumaizi memberitahu bilangan aduan sampah domestik juga telah berkurangan daripada 3,864 aduan pada tahun 2022 kepada 819 aduan pada tahun lalu. -MG Perak.

 

Artikel Berkaitan:

Sambutan Thaipusam: MBI beri amaran lisan kepada 60 gerai

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI