Israel serang hospital di Gaza lebih 500 terbunuh

GAZA CITY – Regim Israel terus bertindak ganas tanpa dapat dihalang dengan mengebom sebuah hospital yang menjadi tempat beribu pelarian Palestin mencari perlindungan di Gaza malam tadi.

Lebih 500 maut selepas Hospital Al-Ahli Arab yang terletak di utara Semenanjung Gaza dibom.

Sementara itu Jurucakap Hamas berkata, pihaknya percaya Israel berani mengambil tindakan tersebut kerana mendapat kebenaran daripada Amerika Syarikat (AS) untuk berbuat demikian.

“Saya percaya bahawa jenayah ini tidak akan berlaku melainkan ada lampu hijau dari Amerika Syarikat, semua orang faham bahawa Blinken menghabiskan malam semalam dengan kabinet perang Israel selama lebih lima jam, dan esok semua orang mengharapkan Presiden Biden untuk melawat wilayah itu.

“Sudah jelas mereka (Israel) mengosongkan tanah Palestin untuk sesuatu dan memberitahu semua orang bahawa semua langkah yang diperlukan telah dilakukan untuk mengosongkan Gaza, yang tidak akan berlaku.”

“Saya percaya bahawa rakyat Palestin sendiri tidak akan keluar, dan saya percaya bahawa negara-negara Arab tidak akan menerimanya. Saya harus mengatakan bahawa kita sedang menonton jenayah perang, bukan hanya dari Israel, tetapi juga dari Amerika,” tegasnya kepada Al-Jazeera.

Media melaporkan, bom yang dijatuhkan ke atas hospital itu jenis MK-84 milik AS.

Serangan tersebut berlaku sehari sebelum Presiden AS Joe Biden akan melawat Israel dan Jordan serta mengadakan pertemuan denngan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Bagaimanapun pemimpin Jordan dan Mahmoud Abbas dilaporkan membatalkan pertemuan berkenaan selepas insiden serangan ke atas Hospital Al-Ahli Arab.

Sementara itu dua akaun media sosial milik Kerajaan Israel dan Duta Israel ke Amerika Syarikat telah memadamkan dua video yang cuba menyalahkan Hamas.

Video tersebut menunjukkan bertubi-tubi roket dilepaskan, dengan satu kelihatan keluar dari laluan dalam trajektori ke bawah, diikuti dengan kilatan letupan yang jelas.

Kedua-dua akaun memadam siaran mereka selepas Aric Toler, seorang wartawan dalam pasukan penyiasat visual New York Times, mempersoalkan setem masa pada video itu.

Setem masa itu menunjukkan bahawa video itu dirakam 40 minit selepas letupan di hospital pertama kali dilaporkan secara terbuka.

Israel sebelum ini memberi amaran supaya pihak berkuasa Palestin mengosongkan 22 buah hospital di utara Gaza selain mengarahkan penduduknya meninggalkan kawasan itu dalam tempoh 24 jam.

Sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak Hamas melakukan serangan mengejut pada 7 Oktober di Israel yang telah membunuh lebih daripada 1,400.- Agensi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI