Kampung Baru Cina: Kor Ming panggil pemimpin UMNO ‘bermusyawarah’

SITIAWAN – Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, akan memanggil semua pimpinan UMNO untuk berbincang mengenai pencalonan kampung-kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, perbincangan berkenaan bertujuan memastikan kepimpinan UMNO tidak terpesong dengan fakta dan sentimen yang dipermainkan Perikatan Nasional (PN).

“Saya ada berhubung dengan peimpimpin UMNO dan ajak mereka bermusyawarah supaya dapat berbincang dan mengetahui hakikat atau fakta sebenar.

“Saya tidak mahu mereka terpesong dengan fakta-fakta atau isu sentimen yang dimainkan pembangkang dari PN,” katanya kepada pemberita selepas hadir merasmikan Arca Setia Kawan di Pusat Komuniti Warisan Kampung Koh, di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Kor Ming turut menasihati orang ramai agar tidak menjadikan pencalonan kampung-kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sebagai isu perkauman.

Jelas beliau, ini kerana ia boleh merosakkan keharmonian negara memandangkan ia masih diperingkat awalan dan KPKT akan melakukan kajian terlebih dahulu.

“Kajian akan dilakukan terlebih dahulu dan saya juga menyokong kampung tradisi Melayu turut diiktiraf sebagai tapak warisan dunia jika ia memenuhi syarat.

“Saya nasihatkan jangan jadikan ini isu perkauman dan kita seharusnya menjauhi sikap assabiah dan melihat apa yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijakan sempadan,” katanya.

Semalam media melaporkan UMNO sekeras-kerasnya menolak cadangan Kor Ming untuk mencalonkan kampung-kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, meskipun ianya adalah untuk memperkasakan sektor pelancongan negara, UMNO berpandangan implikasinya terlalu besar dan menyentuh kedudukan Melayu-Bumiputera secara tidak langsung. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI