JAIPk teruskan fasa kedua My Digital NCR di lima daerah

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan meneruskan fasa kedua projek imbasan dan pembangunan sistem penyimpanan digital bagi pengurusan nikah, cerai dan rujuk (My Digital NCR) tahun ini.

Pengarahnya, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, fasa pertama projek My Digital NCR melibatkan 40,000 unit dokumen di Pejabat Agama Daerah Lenggong, Daerah Pengkalan Hulu dan Selama telah berjaya dilengkapkan JAIPk.

“Dianggarkan jumlah rekod yang ada sehingga kini adalah di antara 500,000 hingga 700,000 helai dokumen di mana ia disimpan dalam bentuk penjilidan dan fail di Pejabat Agama Islam Daerah dan di Pejabat Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Perak.

“InsyaAllah dengan sokongan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, projek ini akan diperluaskan dalam Fasa Dua tahun ini melibatkan lima buah daerah lagi dengan anggaran rekod berjumlah 460,000.00 helai dokumen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis ‘Executive Talk’ dan Perutusan Tahun Baharu 2024, Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) di Dewan Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini, pada Isnin.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Harith Fadzilah Abdul Halim pada sidang media Majlis Executive Talk Dan Perutusan Tahun Baharu 2024 Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 JANUARI 2024.

Mengulas lanjut, Harith Fadzilah berkata, JAIPk telah mengenal pasti lima buah daerah bagi Fasa Kedua Program (My Digital NCR) melibatkan Kinta, Taiping, Kuala Kangsar, Manjung dan Teluk Intan.

Ujar beliau dianggarkan 460,000 dokumen akan terlibat dalam fasa kedua berkenaan di mana ia bakal menyelamatkan sijil nikah dan cerai dari tahun 1920 hingga terkini bagi daerah berkenaan.

“Projek ini dilaksanakan sebagai menyahut saranan Menteri Besar Perak untuk memacu inovasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Sementara itu, Saarani dalam ucapan beliau berkata, projek My Digital NCR yang diperkenalkan JAIPk itu selaras agenda pendigitalan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Perak dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Seperti yang saya sebutkan dalam Executive Talk 2024 baru-baru ini, perubahan demografi dan tuntutan rakyat yang semakin kompleks dan berubah-ubah.

“Maka inovasi dalam era digitalisasi bukan lagi satu pilihan, tetapi satu kemestian. Syabas kepada Bahagian Pembangunan Keluarga JAIPk atas kejayaan menghasilkan sistem ini,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Belanjawan Perak: JAIPk utamakan baik pulih masjid, surau daif

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI