Jangan amal budaya ali baba projek kerajaan – Saarani

IPOH – Perak mengingatkan mana-mana koperasi yang menerima projek daripada kerajaan negeri untuk tidak mengamalkan budaya perniagaan ali baba.

Ia merujuk kepada situasi perusahaan atau projek yang dimiliki atas nama sendiri, namun ia diselenggarakan pihak berlainan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana situasi berkenaan bukan hanya merugikan malah memberi kesan buruk kepada kemajuan serta pembangunan sesebuah koperasi.

Ipoh perak menteri besar perak saarani ali baba projek kerajaan koperasi
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) di Dewan Tun Abdul Razak, Persekutuan Seruan Islam Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 MAY 2024.

“Jika ada pihak persendirian dan koperasi memohon projek, kita lebih cenderung untuk berikan kepada pihak koperasi kerana keuntungan itu boleh dikongsi atau kembali semua kepada ahlinya.

“Bagaimanapun, sekiranya permohonan diluluskan, janganlah (amalkan budaya) ‘ali baba’ pula. Ini kerana jika tidak, akhirnya koperasi hanya dapat ‘kuah’ sahaja, sementara orang lain yang akan merasa untungnya,”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) di Dewan Tun Abdul Razak, Persekutuan Seruan Islam Perak, dekat sini, pada Ahad.

Ipoh perak menteri besar perak saarani ali baba projek kerajaan koperasi
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) di Dewan Tun Abdul Razak, Persekutuan Seruan Islam Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 MAY 2024.

Hadir sama, Setiausaha KOMAS, Dr Abdul Razak Nordin serta Imam Besar Masjid Negeri Perak Masjid Sultan Idris Shah II, Abd Farid Salleh.

Dalam pada itu, Saarani memberitahu, walaupun kerajaan negeri terbuka menerima permohonan daripada pihak koperasi untuk terlibat dengan projek-projek kerajaan, namun penelitian harus dilaksanakan.

Ujar beliau, ia bagi memastikan koperasi yang memohon mempunyai kemampuan atau kepakaran dalam melaksanakan projek yang dipohon khususnya yang berskala besar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (kiri) ketika hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) di Dewan Tun Abdul Razak, Persekutuan Seruan Islam Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 MAY 2024.

Namun, Saarani menggalakkan semua koperasi di Perak untuk merebut peluang menjana pendapatan dan ekonomi susulan perancangan pembangunan seperti Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC), dann Projek Automotive High Tech Valley (AHTV).

“Kadang-kala ada koperasi yang hanya berminat dengan penjanaan pendapatan melalui perniagaan kecil seperti jual beli barang dan pinjaman kredit.

“Sedangkan orang lain melihat ke arah usaha yang lebih luas. Misalnya, koperasi mungkin boleh terlibat dengan projek hartanah dan perumahan,” jelasnya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiga projek mega di Perak bakal lonjak ekonomi negara

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI