JBPM Perak ambil 11 sampel di kediaman Ngeh Koo Ham

IPOH – Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak telah mengambil 11 sampel di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham untuk dibawa ke makmal bagi siasatan lanjut.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata, JBPM Perak telah melaksanakan forensik kebakaran di lokasi kejadian yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohamed Habib Mohamed Dali.

“Siasatan yang dijalankan turut dibantu Unit Anjing Pengesan (K9),” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Rabu.

JBPM Perak ambil 11 sampel di kediaman Ngeh Koo Ham
Anggota Forensik Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan siasatan kebakaran di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 JANUARI 2024.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri menerusi satu kenyataan memaklumkan tidak menolak kemungkinan terdapat unsur khianat dalam kejadian kebakaran melibatkan rumah Ahli Parlimen Beruas itu di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar dekat sini, awal pagi tadi.

Katanya, polis akan melakukan siasatan secara terperinci dari pelbagai sudut bagi mengesan punca kejadian tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

3 kereta MP Beruas terbakar: Mungkin ada unsur khianat

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI