Jelajah Sejahtera DesaKu berjaya dekati ‘orang kampung’

DIMULAKAN pada 2024, Program Jelajah Sejahtera DesaKu berjaya dilaksanakan di 17 Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula di Lintang dan berakhir di Kota Tampan.

Siapa sangka program dengan matlamat untuk mensejahterakan komuniti luar bandar melalui pelbagai aktiviti pembangunan itu mendapat sambutan luar biasa pada tahun pertama pelaksanaannya.

Melibatkan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, pemeriksaan kesihatan, kebun komuniti, dan jualan barangan program ini juga memastikan masyarakat desa tidak terpinggir daripada arus pembangunan negeri.

Maka tidak hairanlah apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan Program Jelajah Sejahtera DesaKu diteruskan di 17 DUN terpilih bagi tahun ini.

Saarani ketika penutupan Jelajah Sejahtera DesaKu 2024 di Lenggong Disember tahun lalu mengatakan program berkenaan bukan sekadar menyantuni rakyat luar bandar namun mendekatkan golongan berkenaan dengan Kerajaan Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika berucap pada Program Penutup Jelajah Sejahtera Desaku @DUN Kota Tampan di Dataran Tasik Raban, Lenggong Disember tahun lalu.

Beliau juga berkata, program tersebut bermatlamat untuk mensejahterakan komuniti luar bandar melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta memastikan masyarakat desa tidak terpinggir daripada arus pembangunan negeri.

Tambahnya, program ini memberi impak positif dengan membina komuniti desa yang lebih berdaya tahan, menyampaikan perkhidmatan kerajaan secara langsung dan memperkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan masyarakat luar bandar.

“Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Perak untuk terus mendekati dan menyantuni masyarakat luar bandar secara holistik, selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.

“Kerajaan Negeri Perak akan terus berusaha memastikan setiap rakyat, tanpa mengira lokasi atau latar belakang, mendapat manfaat daripada pembangunan negeri yang dilaksanakan secara adil dan menyeluruh,” katanya.

Penganjuran Jelajah Sejahtera Desaku @DUN Bota mendapat sambutan luar biasa. Foto, FB Dato Zolkafly Harun.

Itu sudah cukup membuktikan bahawa Program Jelajah Sejahtera DesaKu turut berjaya mendekati rakyat luar bandar disamping membuka laluan kepada golongan berkenaan mendengar dan melihat apa yang dilakukan kerajaan negeri.

Jelajah Sejahtera Desaku Negeri Perak 2025 yang dimasukan dalam Belanjawan Perak 2025 merupakan antara instrumen pemerkasaan institusi pentadbiran kampung melalui aktiviti mensejahterakan komuniti desa.

Rentetan itu pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Maknanan (3PIM) Negeri Perak telah merangka aktiviti-aktiviti lebih berbentuk Mini Jelajah Sejahtera Desaku di daerah-daerah dalam Negeri Perak.

Exconya, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, empat garis panduan pengisian utama aktiviti Jelajah Sejahtera Desaku telah dirangka dalam meningkatkan kesejahteraan Komuniti desa iaitu gotong-royong perdana, jualan rahmah, pemeriksaan kesihatan dan kebun komuniti.

Jelasnya, gotong-royong perdana yang diadakan bukan sekadar bertujuan menceriakan dan membersihkan kawasan persekitaran tetapi juga menyemai semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan penduduk.

80 peratus pelantikan ketua kampung di Perak sudah dipersetujui
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Mohd Zolkafly Harun hadir ke Program Jelajah Sejahtera Desaku @DUN Bota Tahun 2025 di Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang, Parit. Foto, MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

“Manakala jualan rahmah pula memberi tumpuan kepada jualan barangan runcit keperluan seharian yang menawarkan harga yang terendah dan tidak membebankan komuniti setempat dan dilihat dapat menangani isu kenaikan harga barangan yang sudah tentu membebankan komuniti desa.

“Bagi pemeriksaan kesihatan, usaha ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan, pengesanan awal penyakit, serta gaya hidup yang lebih sihat.

“Akhir sekali kebun komuniti yang berteraskan ‘sekuriti makanan’ bukan sahaja membekalkan hasil segar untuk penduduk, malah menggalakkan gaya hidup sihat, mengurangkan kebergantungan kepada bekalan luar,memberi peluang untuk penduduk belajar kaedah bercucuk tanam dan berbakti kepada tanah serta dapat mengurangkan kos sara hidup,” katanya.

Mohd Zolkafly juga turut memaklumkan sebanyak enam DUN telah dilaksanakan program Jelajah Sejahtera DesaKu di mana bakinya 11 lagi akan dianjurkan sehingga November 2025.

Maka tidak dinafikan program ini dilihat mampu meninggalkan kesan yang baik, di mana penganjuran yang teratur dan memenuhi kehendak rakyat. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Jelajah Sejahtera Desaku selesai dilaksanakan di 17 DUN

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI