Jelajah Sejahtera Desaku selesai dilaksanakan di 17 DUN

LENGGONG – Kerajaan negeri telah menganjurkan Program Jelajah Sejahtera Desaku di 17 buah kampung melibatkan 17 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, program yang dianjurkan di DUN kerajaan itu bermula di DUN Lintang pada Mei 2024 dan berakhir di DUN Kota Tampan, hari ini

“Matlamat program ini adalah untuk mensejahterakan komuniti luar bandar melalui pelbagai aktiviti pembangunan seperti gotong-royong, pemeriksaan kesihatan, kebun komuniti, dan jualan barangan keperluan.

“Program ini juga memastikan masyarakat desa tidak terpinggir daripada arus pembangunan negeri,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas hadir ke Program Jelajah Sejahtera Desaku@Kota Tampan dan Kenduri Rakyat di Dataran Tasik Raban, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media Program Penutup Jelajah Sejahtera Desaku @DUN Kota Tampan di Dataran Tasik Raban, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 DISEMBER 2024.

Menurut Saarani, Program Jelajah Sejahtera Desaku memberi impak positif dengan membina komuniti desa yang lebih berdaya tahan, menyampaikan perkhidmatan kerajaan secara langsung, dan memperkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan masyarakat luar bandar.

“Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Perak untuk terus mendekati dan menyantuni masyarakat luar bandar secara holistik, selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, termasuk Pejabat Daerah, Pusat Khidmat DUN, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), serta masyarakat setempat atas dedikasi dan usaha bersama dalam menjayakan program ini,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri Perak akan terus berusaha memastikan setiap rakyat, tanpa mengira lokasi atau latar belakang, mendapat manfaat daripada pembangunan negeri yang dilaksanakan secara adil dan menyeluruh. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Jelajah Komunikasi kekang jenayah siber diteruskan di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI