JKM Perak sedia beri khidmat kaunseling keluarga kanak-kanak jatuh tasik

GERIK – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak bersedia memberi khidmat kaunseling terhadap keluarga kanak-kanak yang ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam tasik berhampiran masjid di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Seri Iskandar pada Sabtu.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Salbiah Mohamed berkata, sememangnya agensi itu berperanan memberi khidmat berkenaan sebagai usaha mengurangkan kesan trauma yang mungkin dihadapi mereka.

“Sesi kaunseling itu sebagai membantu ibu bapa dalam berhadapan dengan perkara itu. Sememangnya bukan mudah bagi mana-mana ibu bapa untuk berada dalam situasi kehilangan anak.

“Saya pernah melalui situasi kehilangan anak. Jadi, saya faham apabila ibu bapa kehilangan anak ini, ia cukup meninggalkan kesan dan trauma dalam kehidupan,” katanya.

 Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM Perak khidmat kaunseling keluarga ibu bapa jatuh tasik lemas kanak-kanak lelaki IPT seri iskandar Datuk Salbiah Mohamed Gerik
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, Datuk Salbiah Mohamed (tengah) beramah mesra bersama orang ramai hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Temengor di Dewan Datuk Hasbullah, Gerik, pagi tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 APRIL 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Temengor di Dewan Datuk Hasbullah, dekat sini, pada Ahad.

Hadir sama ke majlis Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah; serta Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohamed Ghazali.

 Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM Perak khidmat kaunseling keluarga ibu bapa jatuh tasik lemas kanak-kanak lelaki IPT seri iskandar Datuk Salbiah Mohamed Gerik
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, Datuk Salbiah Mohamed pada sesi temuramah ketika hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Temengor di Dewan Datuk Hasbullah, Gerik, pagi tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 APRIL 2024.

Pada masa sama, Salbiah turut mengingatkan semua ibu bapa untuk lebih berwaspada dan memberi perhatian kepada keselamatan anak mereka khususnya dalam musim perayaan Aidilfitri ini.

Ujar beliau, ini kerana kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dalam meroka dunia tanpa mengetahui sebarang risiko yang bakal dihadapi.

“Ibu bapa harus memantau setiap pergerakan anak-anak ini dan jangan tinggalkan mereka bersendirian.

“Misalnya jika hendak ke majlis rumah terbuka, ibu bapa janganlah tinggalkan anak di rumah tanpa ada pemantauan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, Datuk Salbiah Mohamed (dua, kanan) beramah mesra bersama orang ramai hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Temengor di Dewan Datuk Hasbullah, Gerik, pagi tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 APRIL 2024.

“Jika terpaksa melakukan perkara itu, cari individu yang boleh menjaga anak itu sementara. Jangan tinggalkan mereka keseorangan di rumah,” katanya lagi.

Pada Sabtu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam tasik berhampiran masjid di sebuah IPT di Seri Iskandar.

Difahamkan, ketika kejadian, keluarga mangsa sedang menunggu waktu solat Zuhur.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 1.19 tengah hari.- MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak lelaki terjatuh tasik berhampiran masjid

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI