MANJUNG – Sebanyak 77 peket minyak masak disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Perak dari sebuah premis di sekitar Medan Acheh, Setiawan Perak di sini, yang didapati jual minyak masak paket bersubsidi dengan bersyarat.
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap premis itu adalah hasil daripada penyamaran ‘OPS SAMAR’ yang dilaksanakan sekitar jam 12.10 tengah hari, semalam.
Justeru, katanya, pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Manjung telah membuat uji beli minyak masak paket 1kg di premis tersebut.
“Penjual telah memberitahu secara lisan bahawa perlu membeli barangan lain di premis tersebut sebelum dibenarkan membeli minyak masak paket 1kg dengan harga RM2.50 sepaket.
“Kenyataan secara lisan pembelian bersyarat oleh peniaga tersebut telah dirakam melalui kamera tersembunyi untuk dijadikan sebagai bukti siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, pada Rabu.
Menurut Kamalludin, semua 77kg minyak masak paket yang disimpan di dalam stor premis berkenaan disita dan pemeriksaan lanjut juga mendapati pemilik premis ini merupakan pemegang lessen CSA runcit yang masih sah.
Kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Para peniaga diingatkan agar tidak mengenakan apa-apa syarat bagi pembelian barang kawalan kerana ianya adalah satu kesalahan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan peniaga diingatkan supaya lebih beretika dan tindakan tegas akan diambil sekiranya gagal mematuhi perundangan yang ditetapkan di Bawah akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN. – MG Perak.