Jualan Agro Madani tawar harga murah menjelang Ramadan

IPOH – Rata-rata pembeli yang mengunjungi Jualan Agro MADANI (JAM) di Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK) hari ini berpeluang menikmati barangan pertanian segar terpilih dengan harga penjimatan sehingga 30 peratus.

Pelbagai barangan keperluan seperti daging, ayam, telur, sayur-sayuran serta produk industri kecil dan sederhana (IKS) dijual pada jualan anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak.

Mereka yang datang berpuas hati dan gembira dengan jualan tersebut memandangkan bulan Ramadan hampir tiba.

Jualan Agro Madani tawar harga murah menjelang Ramadan
Raudah Talib, 44, ketika temubual bersama MG Perak pada Program Jualan Agro Madani di Perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 FEBRUARI 2025.

Pengunjung, Raudah Talib, 44, berkata, dia tidak melepaskan peluang  berkunjung ke jualan berkenaan untuk membeli barangan yang dijual dengan harga rahmah.

“Hari ini, saya beli daging memang persediaan untuk Ramadan dan Hari Raya, sekali beli borong sebab harga lebih murah dari pasaran. Happy Hour tadi saya dapat RM28 sekilogram (kg) sahaja kalau tidak harga lebih RM30.

“Saya menyokong jualan seperti ini diadakan dengan lebih kerap supaya kita boleh berbelanja dengan berhemah dan lebih banyak kita kurangkan kos serta penjimatan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Jualan Agro Madani tawar harga murah menjelang Ramadan
Ainil Said, 39, ketika temubual bersama MG Perak pada Program Jualan Agro Madani di Perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 FEBRUARI 2025.

Seorang lagi pengunjung, Ainil Said, 39, berkata, jualan hari ini secara tidak langsung membantu ekonomi yang tengah gawat.

“Saya beli daging pejal, tulang untuk Ramadan. Selain itu, saya turut beli sotong dan ikan siakap yang berharga RM17 seekor,” ujarnya.

Jualan Agro Madani tawar harga murah menjelang Ramadan
Penolong Pengurus Perak Agrofarm, Mohamad Shahrul Jaman, 40, ketika temubual bersama MG Perak pada Program Jualan Agro Madani di Perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 FEBRUARI 2025.

Sementara itu, Penolong Pengurus Perak Agrofarm, Mohamad Shahrul Jaman, 40, berkata, produk yang dijual pada hari ini adalah daging segar tempatan dijual dengan harga RM32 kg berbanding harga pasaran RM38 penjimatan lebih kurang 15 peratus

“Tadi kita ada buat Happy Hour dengan harga potongan sebanyak RM4 menjadikan harga jualan cuma RM28 kg untuk program hari ini,” jelasnya.

Katanya, walaupun keuntungan tidak tinggi namun masih terima keuntungan kerana mereka menternak lembu sendiri serta mempunyai kendang di Tanjung Malim dan Beruas

“Pengunjung yang datang juga gembira dengan jualan murah yang ditawarkan memandangkan bulan Ramadan hampir tiba,” katanya.

Wakil Penjual Persatuan Nelayan Kawasan Manjung Utara, Amirah Liiya Zainal Abidin, 41, berkata, gerainya menawarkan 200 kg hasil laut melibatkan tujuh jenis hasil laut.

Menurutnya, antara hasil laut yang dijual adalah ikan cencaru, mambong, sardin dan sotong premium dengan harga RM10 kg.

“Kita juga bawa hasil laut seperti kerang yang kebiasannya kita jual harga RM13 dan untuk hari ini RM10 kg manakala ikan kerisi berharga RM15 dijual dengan RM13 sahaja.

“Sebenarnya bila kita jual dengan harga macam ini pelanggan gembira kerana ada pengurangan harga daripada pasaran.

“Justeru, kita berharap program seperti ini akan diteruskan supaya kita dapat engagement dengan pelanggan,“ ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Jualan Agro MADANI Perak catat nilai jualan RM3.64 juta

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI