Jualan Rahmah dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan Jualan Rahmah sebanyak dua kali sebulan di setiap Parlimen bermula tahun ini kata Exco Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong.

Menurut beliau, program di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak itu akan diperluaskan di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar itu berkata, ia selari dengan saranan semua wakil rakyat yang memberi peluang kepada penduduk kampung membeli barangan dengan harga lebih murah.

“Jualan tersebut akan dilaksanakan di dalam premis (pasar raya), luar premis (kawasan terbuka) dan lori bergerak.

Jualan Rahmah dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen
Exco Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak, Woo Kah Leong ketika sesi penggulungan menjunjung kasih titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Mesyuarat Pertama, Tahun Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini. Foto: Ihsan SUK PERAK.

“Justeru, Jualan Rahmah pada tahun ini akan dilaksanakan menerusi ‘Kedai/Lori Cari Rakyat’ untuk memberi peluang kepada rakyat di luar bandar untuk membeli barangan keperluan asas tanpa perlu ke kawasan bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu sesi penggulungan menjunjung kasih titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.

Dalam perkembangan berkaitan, Jualan Rahmah di negeri ini merekodkan jualan lebih RM18 juta melibatkan 508 Jualan Rahmah serta memberi manfaat kepada 800,000 isi rumah pada tahun lalu.

“Bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini pula, sebanyak 108 Jualan Rahmah telah dianjurkan di seluruh negeri,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak sasar 576 Program Jualan Rahmah bagi 2024

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI