Kadar baharu bayaran penghantaran Grab beri kesan pada Rider

IPOH – Kesukaran penghantar makanan (rider) GrabFood Malaysia (GrabFood) wajar diberi pertimbangan syarikan penyedia perkhidmatan p-hailing itu memandangkan ada dalam kalangan mereka terpaksa membuat pinjaman.

Wakil rider GrabFood Ipoh, Khairul Akmal Razali berkata, sekiranya kadar bayaran upah diturunkan ia boleh mendatangkan banyak masalah kepada rider kerana berlaku penurunan pendapatan.

Menurutnya, sebelum ini caj upah bagi tiga kilometer (km) pertama adalah sebanyak RM4 namun ia telah diturunkan kepada RM3.50 pada 16 Januari lalu.

“Kita tahu bahawa rider bukan orang senang kerja siang malam malah ada yang terpaksa buat pinjaman ah long untuk meneruskan kehidupan mereka.

“Jika caj upah ini diturunkan harga kemungkinan akan menjurus kepada kes negatif seperti kecurian,” katanya.

Rider terpaksa pinjam ah long untuk teruskan hidup
Wakil penghantar makanan GrabFood Ipoh, Khairul Akmal Razali, 31, (kiri) hadir untuk menyerahkan memorandum bantahan pengurangan harga jarak penghantar makanan di Pusat Grab AEON, Falim, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 JANUARI 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan Memorandum Bantahan Pengurangan Harga Jarak Penghantar Makanan kepada wakil Grab Driver Centre Ipoh di sebuah pasar raya di Falim, di sini, pada Jumaat.

Seramai 50 rider dari seluruh Ipoh turut hadir sebagai tanda sokongan kepada memorandum bantahan tersebut.

Dalam pada itu, Khairul Akmal berkata, setakat ini seramai 2,000 rider yang aktif di seluruh negeri Perak sama ada secara sambilan ataupun sepenuh masa.

Katanya, rider sepenuh masa akan terjejas teruk akibat penurunan caj upah ini dan berharap pihak Grab dapat mempertimbangkan semula harga dengan jarak yang diberikan.

“Kita sudah mengajukan perbincangan dengan wakil Grab sebentar tadi dan maklum balas yang diberikan baik.

“Bagaimanapun, mereka di Grab Ipoh tidak boleh buat keputusan untuk isu ini dan berharap rider bersabar untuk sementara waktu sementara mereka membuat laporan ke pihak atasan di Ibu Pejabat Grab,” jelasnya.

Rider terpaksa pinjam ah long untuk teruskan hidup
Penghantar makanan GrabFood Ipoh hadir untuk menyerahan memorandum bantahan pengurangan harga jarak penghantar makanan di Pusat Grab AEON, Falim, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 JANUARI 2024.

Sementara itu, beliau berkata, rider perkhidmatan p-hailing tersebut akan mengehadkan perkhidmatan terhadap pelanggan mereka.

“Berdasarkan di page Facebook rakan-rakan rider seluruh Malaysia, mereka sudah mula boikot dari segi tidak mahu memberikan bagi servis lebih kepada pelanggan.

“Mereka hanya akan hantar ke makanan ke lokasi yang dinyatakan sahaja. Kalau flat tidak akan panjat untuk membuat penghantaran dari pintu ke pintu.

“Itu akan memberi kesan buruk kepada pelanggan. Mana tahu kalau ada pelanggan orang kurang upaya itu akan memberi kesan negatif juga kepada Grab,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MBI pertimbang ubah fungsi 3R di Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI