Kampung Baru Cina: Ahmad Zahid tidak pernah terima panggilan

BAGAN DATUK – “Beliau tidak pernah menghubungi saya,” jawab Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara ringkas.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming yang memaklumkan sudah berhubung dengan pemimpin UMNO serta mengajak mereka berbincang mengenai pencalonan kampung-kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, mungkin Kor Ming telah berhubung dengan pemimpin lain dalam UMNO namun bukan dengannya.

“Mungkin pemimpin lain, saya tidak tahu, tetapi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki telah mengeluarkan kenyataan dan itu adalah pendirian rasmi daripada UMNO,” jelasnya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas meluangkan masa menghadiri Majlis Kunjungan Kasih Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang, pada Ahad.

MG Perak pada Ahad melaporkan, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan akan memanggil pimpinan UMNO untuk berbincang mengenai pencalonan kampung-kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kor Ming berkata, perbincangan berkenaan bertujuan memastikan kepimpinan UMNO tidak terpesong dengan fakta dan sentimen yang dipermainkan Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, media melaporkan UMNO menolak sekeras-kerasnya cadangan Kor Ming mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan menerusi Asyraf Wajdi itu berkata, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kampung Baru Cina: Kor Ming panggil pemimpin UMNO bermusyawarah

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI