Kanak-kanak enam tahun lemas di tasik Pulau Banding

GERIK – Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas ditemukan lemas di tasik berhampiran dengan Jeti Mat Shah, Pulau Banding dekat sini pada Sabtu.

Mangsa yang berusia sembilan tahun itu ditemukan lemas sekitar 6.50 petang selepas bermain air bersama rakan di tempat letak bot di jeti berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berkenaan kejadian kanak-kanak perempuan yang lepas di jeti itu pada jam 8.20 malam.

Katanya, kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Gerik.

Hasil siasatan awal sepasukan anggota dari Balai Polis Bersia ke atas mangsa dan lokasi kejadian pada mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.

Zulkifli memberitahu, pihaknya menjalankan siasatan dengan menemubual bapa mangsa berusia 40 tahun yang juga seorang pekerja di Pulau Banding.

“Hasil siasatan mendapati anaknya telah bermain air bersama rakan di tepi Pulau Banding pukul 6 petang. Kira-kira setengah jam kemudian bapa mangsa mendapati anaknya telah hilang dan berusaha untuk mencarinya bersama rakan-rakan.

“Sekitar 6.50 petang, anaknya ditemukan di tepi Pulau, belakang bot berhampiran dengan Rumah Bot Mat Shah dalam keadaan lemas di dasar tasik pada kedalaman 1.9 meter,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, hasil bedah siasat pasukan perubatan Unit Forensik Hospital Gerik mendapati punca kematian mangsa disebabkan lemas.

“Hasil pemeriksaan lanjut pada tubuh mangsa tidak menjumpai apa-apa kecederaan lain atau sebarang unsur jenayah.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengkebumian. Pihak polis mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa,” katanya lagi. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Mayat lelaki lemas ketika memancing ditemui tersangkut

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI