Mayat lelaki lemas ketika memancing ditemui tersangkut

PASIR SALAK – Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas ketika memancing pada petang Isnin di Jalan Kuala Parit, Kampung Pasir Jenderis, di sini, ditemukan orang awam kira-kira jam 10.57 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mayat Mohd Asrul Aafendy Shazali, 36, ditemukan tersangkut di sebuah titi kira-kira 2.3 kilometer dari lokasi terakhir beliau dilaporkan hilang.

Menurut Sayani, panggilan kejadian diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah pada jam 2.54 petang pada Isnin sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

” Anggota BBP Kampung Gajah bersama jentera tiba dilokasi pada jam 3.20 petang dan setibanya di sana mereka dimaklumkan bahawa seorang lelaki yang disyaki memancing daripada pagi telah hilang.

“Ini kerana terdapat motosikal dan peralatan memancing dipercayai milik mangsa yang masih berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut Sayani berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan sejak petang semalam dan disambung pagi ini melibatkan 47 orang terdiri daripada pasukan penyelamat dan orang awam.

“Khidmat pasukan penyelamat di air (PPDA) dari BBP Teluk Intan turut digunakan bersama 3 anggota dari Unit Anjing Pengesan K9 bersama dua ekor anjing turut digunakan,” katanya.

Mangsa yang ditemukan orang awam kemudiannya diserahkan kepada pasukan penyelamat sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). -MG Perak.

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI