Kanak-kanak maut di Jambatan Victoria: Polis buka kertas siasatan

SUNGAI SIPUT – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia selepas terjatuh daripada ketinggian lima meter di Jambatan Victoria, Enggor dekat Kuala Kangsar pada Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, selain diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Setakat ini, kes masih dalam siasatan. Bagaimanapun, berdasarkan hasil siasatan yang telah dijalankan, dipercayai kanak-kanak tersebut terjatuh selepas terjerumus ke dalam lubang di jambatan berkenaan ketika sedang berjalan.

“Siasatan turut mendapati tiada unsur kecuaian dalam kejadian tersebut dan kita masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian kanak-kanak terbabit,“ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, dalam kejadian pada 6 petang Isnin lalu, Abdul Rafee Abdul Halim, 3, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Kangsar pada 7.40 malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Charan Ai Wan dilaporkan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama bapanya yang berusia 42 tahun sedang berjalan di atas jambatan bersejarah terbabit. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak tiga tahun maut terjatuh dari Jambatan Victoria

Struktur besi Jambatan Victoria ditutup sementara, jaring keselamatan akan dipasang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI