Kebakaran kediaman Koo Ham: Lelaki dibebaskan dengan jaminan polis

IPOH – Seorang lelaki yang ditahan ekoran kes khianat api sehingga menyebabkan kebakaran di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham pada minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, arahan itu diterima selepas kertas siasatan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Perak pada Selasa.

Katanya, malah lelaki itu akan diminta untuk tampil menjadi saksi kejadian sekiranya diperlukan dalam siasatan.

“Permohonan sambung tahanan reman kepada lelaki berkenaan dibenarkan sehingga 17 Januari (Rabu).

“Dalam pada itu pihak polis juga memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kebakaran tersebut boleh salurkan kepada Pegawai Penyiasat ASP Mohd Azalan Ab. Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Lelaki terbabit sebelum ini telah ditahan sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Hasil saringan air kencing terhadap lelaki berkenaan juga disahkan negatif dadah.

Di samping itu, media melaporkan Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki berusia 30an itu juga bukan ahli kepada mana-mana parti politik.

Pada Rabu minggu lalu, kediaman Ex-Officio​ DAP Kebangsaan yang terletak di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar itu terbakar dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’.

Dalam kejadian sekitar jam 2.55 pagi itu, selain siling dan bumbung garaj kediaman, kebakaran turut memusnahkan kereta Mercedes Benz E300, Honda CRV dan Toyota Hilux miliknya. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Reman suspek kes bakar kediaman Koo Ham disambung sehari lagi

Kebakaran kediaman Koo Ham: Lelaki ditahan polis negatif dadah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI