Kebakaran pondok: Tiada unsur jenayah ke atas dua beranak rentung – Polis

GERIK – Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikenal pasti berhubung insiden kebakaran pondok yang mengorbankan dua beranak di sebuah kebun di Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda, dekat sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum mengetahui punca kebakaran selain ia masih dalam siasatan pihak bomba.

“Kedua-dua mayat telah dibawa Unit Forensik Hospital Gerik untuk tindakan lanjut. Dan hasil bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian mereka ada disebabkan kecederaan akibat kebakaran. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Pemeriksaan lanjut pada tubuh mangsa tidak menjumpai apa-apa kecederaan lain, atau sebarang unsur jenayah. Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk pengkebumian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Ujar Zulkifli, hasil siasatan mendapati, lokasi kejadian jauh dari jalan utama dan ia merupakan laluan tanah merah iaitu jalan untuk ke kebun.

Kata beliau, tempat kejadian merupakan sebuah pondok berukuran kira-kira 30X20 kaki dan ia diperbuat daripada bahan binaan kayu sepenuhnya.

Selain itu, Zulkifli memberitahu, hasil menemubual saksi kejadian iaitu suami dan bapa kepada mangsa mendapati, manga menyedari kebakaran mula berlaku pada bahagian dapur pondok kira-kira pada jam 4 pagi.

“Saksi telah cuba untuk menyelamatkan isteri dan anak, namun tidak berdaya. Saksi kemudian meminta bantuan daripada penduduk berhampiran.

“Namun, selepas tiba bersama bantuan, mereka mendapati pondok tersebut telah hangus terbakar.

“Saksi mengakui pondok itu dibina bagi tujuan menjaga kebun. Pondok tersebut mempunyai lampu solar dan kelengkapan untuk memasak,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan ibu bersama seorang anak perempuan orang kurang upaya (OKU) penglihatan ditemukan rentung selepas terlibat dalam kebakaran pondok di kebun Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai, Rahmah Zainon, 76, dan anaknya, Razilawati Mohamad, 43. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Ibu, anak OKU ditemukan rentung dalam kebakaran pondok kebun

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI