Kecil tapak tangan, stadium itu kita tadahkan – MB Perak

IPOH – “Siapa nak bagi kita duit untuk bantu menyelenggara padang stadium itu. Jadi di pihak kita, kecil tapak tangan, stadium itu kita ditadahkan,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Itu reaksi yang diberikan beliau berhubung geran bernilai RM500,000 yang ditawarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menaik taraf sistem saliran serta penukaran rumput padang Stadium Perak kepada rumput Zeon Zoysia.

Menurutnya, selain itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut bertitah akan memberikan bantuan kewangan sebanyak RM300,000 setahun bagi penyelenggaraan padang yang dinaiktaraf menerusi geran KBS kepada kelab-kelab Liga Malaysia (Liga M).

Bagaimanapun, Saarani berkata, perbincangan perlu diadakan bagi menentukan penerima peruntukan itu sama ada pasukan Perak FC yang bersaing dalam Liga Super musim depan atau kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang berperanan mengurus dan menyelenggara stadium itu.

“Kita (Perak) punya stadium di bawah penyelenggaraan MBI, memandangkan persatuan bola sepak kita tak ada stadium sendiri. Jadi kalau ada peruntukan itu kena bincanglah di antara mereka, hendak turunkan kepada siapa.

“Kerajaan negeri bersedia dan tidak ada masalah bab itu (pertukaran rumput stadium), sebab ia bukan ada satu polisi apa-apa nak dibuat melainkan untuk pembangunan bola sepak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program Executive Talk dan Perutusan Tahun Baharu 2024 bersama Penjawat Awam di Hotel Casuarina@Meru di sini, pada Rabu.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan bahawa KBS menawarkan pemberian geran berjumlah RM7 juta kepada setiap negeri bagi menaik taraf sistem saliran dan penanaman rumput sebagai persediaan menghadapi musim baharu Liga M.

Katanya, perkara itu menjadi keutumaan setelah perubahan jadual Liga M dan pasukan akan bermain ketika musim hujan.

Beliau berkata, menerusi pemberian geran sebanyak RM500,000 kepada setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan akan membantu pasukan menyediakan venue yang lebih baik dan tidak mengganggu perjalanan liga disebabkan padang banjir. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak belum buat keputusan tukar rumput zeon zoysia

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI