Perak belum buat keputusan tukar rumput zeon zoysia

IPOH – Kerajaan Negeri Perak masih belum membuat kata putus untuk menaik taraf padang Stadium Perak menggunakan rumput Zeon Zoysia sepertimana yang ditawarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Exco Pendidikan Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, kerajaan negeri masih berbincang dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, kos penyelenggaraan rumput Zeon Zoysia agak tinggi jadi kerajaan negeri perlu memikirkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Kita belum ada keputusan lagi. Ini kerana kita perlu memikirkan kos penyelenggaraan, baik pulih dan penjagaan rumput tersebut.

“Bagaimanapun, dari segi kos penanaman mungkin boleh dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi kos penjagaan rumput itu agak tinggi.

“Saya difahamkan banyak negeri masih belum beri keputusan mengenai penukaran rumput itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Negeri Perak Kali ke-26 di Dewan Serbaguna Kompleks Belia dan Sukan di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Khairudin berkata, kerajaan negeri perlukan perincian perbincangan secara detail supaya kita tidak akan timbul  sebarang permasalahan selepas ia ditanam di Stadium Perak.

Pada 2 November lalu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, sebagai PBT yang bertanggungjawab menguruskan padang tersebut, pihaknya perlu melihat perkara itu dari pelbagai sudut.

Beliau berkata, perkara tersebut masih dalam pertimbangan terutamanya dalam membincangkan kebaikan dan keburukan penanaman rumput berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan hanya Sarawak yang bersetuju untuk menanam rumput itu manakala negeri lain pula masih memerlukan masa untuk mengkaji tawaran tersebut.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata cadangan penukaran rumput Zeon Zoysia itu berdasarkan amalan terbaik di negara-negara Asia Tenggara.

Katanya, setakat ini hanya Sarawak yang menyatakan persetujuan untuk menggunakan rumput Zeon Zoysia, negeri-negeri yang tidak bersetuju adalah Terengganu, Wilayah Persekutuan dan Pahang yang mahu mengekalkan penggunaan rumput sedia ada.

Tambahnya, negeri lain pula masih memerlukan lanjutan masa untuk membuat keputusan sehingga mereka betul-betul yakin bahawa kos dan penyelenggaraan tidak membebankan pada jangka masa panjang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belum ada kata putus tanam rumput Zeon Zoysia

 

Ikuti kami di media sosial

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI