Kejohanan Bola Sepak SJKT Perak cungkil bakat pelajar

IPOH – Penganjuran Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Negeri Perak bukan sekadar platform mencungkil bakat baharu malah menyemarakkan pembangunan sukan di peringkat sekolah.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak, Datuk A. Sivanesan berkata, pertandingan di bawah Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Perak Tahun 2026 itu memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat masing-masing dalam sukan bola sepak.

“Melalui kejohanan ini, kita dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan pelajar untuk diketengahkan mewakili Perak di peringkat kebangsaan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak, Datuk A. Sivanesan hadir ke Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Perak Tahun 2026 di Padang Ipoh. Foto HAFIZI SAID, 14 JUN 2026.

“Inilah platform untuk melahirkan pemain bola sepak berbakat yang suatu hari nanti berpotensi mengharumkan nama negeri dan negara di pentas yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadri merasmikan pertandingan berkenaan di Padang Ipoh, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Presiden Persatuan Bola Sepak India Negeri Perak, Datuk Amaluddin Mohammed Ismail dan bekas Jurulatih Kebangsaan, Datuk M Karathu.

Tambah Sivanesan, penganjuran kejohanan berkenaan menjadi platform penting untuk mencungkil bakat bola sepak dalam kalangan murid India berusia bawah 12 tahun.

Katanya, tiga pasukan terbaik akan mewakili Perak ke peringkat kebangsaan dengan pemilihan dibuat berdasarkan pemain terbaik dari pelbagai sekolah.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak, Datuk A. Sivanesan hadir ke Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Perak Tahun 2026 di Padang Ipoh. Foto HAFIZI SAID, 14 JUN 2026.

“Penyertaan dalam kejohanan ini adalah percuma sepenuhnya tanpa sebarang yuran dikenakan kepada sekolah atau ibu bapa.

“Harapan kita agar dapat lahirkan pemain yang suatu hari nanti mewakili negeri dan negara,” katanya.

Sivanesan berkata, kerajaan negeri menyalurkan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Bola Sepak India Negeri Perak bagi menganjur pertandingn berkenaan.

“Kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan secara konsisten antara RM30,000 hingga RM50,000 bagi menjayakan kejohanan tersebut sejak beberapa tahun lalu.

“Bagi tahun ini kita memperuntukkan RM30,000 bagi penganjuran kejohanan ini melibatkan penyertaan sebanyak 30 buah SJKT yang diwakili oleh 28 pasukan,” katanya. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI