Kerajaan Perak peruntuk RM5 juta naik taraf institusi pendidikan Islam – Saarani

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM5 juta bagi  membaik pulih dan pembinaan baru institusi pendidikan Islam yang merangkumi Tadika Islam Perak, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan tahfiz.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembangunan dan penambaikan itu bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pelajar termasuk guru di di institusi Pendidikan Islam berkenaan.

Menurutnya, ini menunjukkan kerajaan negeri komited dalam membangunkan sahsiah anak watan menerusi sistem pendidikan yang disediakan oleh kelas Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“Sehingga kini terdapat sejumlah 8,715 kelas Kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) sedang beroperasi di 659 Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat Sepenuh Masa (SRAR Sepenuh Masa) di Perak.

“Sekolah-sekolah ini diurus tadbir oleh Jemaah Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada kalangan masyarakat setempat.

“Kerajaan negeri turut menyediakan bantuan perkapita dengan kadar RM50 setahun bantuan perkapita daripada Majlis Agama Islam Dan Ádat Melayu Perak (MAIPk) sebanyak RM24.

“Tambahan elaun kepada 3,210 guru KAFA turut disalurkan sebanyak RM200 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dr Najihatussalehah Ahmad (PN- Bota) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Saarani berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) telah mewujudkan kelas KAFA Tulen.

Kelas tersebut beroperasi di sekolah-sekolah kebangsaan terpilih terutama di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan juga di kawasan yang jaraknya jauh daripada kelas KAFA.

“Sehingga kini terdapat enam buah Sekolah Kebangsaan (SK) yang melaksanakan kelas KAFA Tulen dengan bilangan murid keseluruhannya seramai 286 orang dan tenaga pengajar seramai 10 orang guru.

“Enam sekolah tersebut adalah SK Sri Selama, Selama; SKSungai Ramai, Ayer Tawar; SK Dato’ Sagor, Kampung Gajah; Pusat Kebajikan Taman Seri Puteri, Batu Gajah; SK Ulu Slim, Slim River; dan SK Kumpulan Ganda, Teluk Intan.

“Kelas KAFA Tulen ini juga akan ditambah daripada semasa ke semasa berdasarkan keperluan pendidikan agama di sesuatu kawasan untuk kerajaan negeri memastikan tiada murid yang tercicir untuk mengikuti kelas KAFA di seluruh negeri Perak,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak sedia tampung kos naik taraf surau, kantin SRAR Al-Siddiq

 

 

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI