Kerajaan Perpaduan Perak utuh, Pelan Perak Sejahtera 2030 positif

PARIT BUNTAR – Kerajaan Perpaduan di Perak semakin utuh semenjak ia ditubuhkan dua tahun lalu melalui kerjasama antara gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Rentetan itu, pelbagai gerak kerja telah digerakkan di semua peringkat bagi memastikan bukan sahaja kerjasama itu semakin erat, malah dapat merampas kembali kesemua kerusi yang dimenangi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kerajaan Perpaduan Negeri Perak utuh Pelan Perak Sejahtera 2030 positif Menteri Besar Saarani Mohamad Barisan Nasional BN Pakatan Harapan PH
Ahli Parlimen Ipoh Timur merangkap Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Howard Lee Chuan How. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 APRIL 2024.

Ahli Parlimen Ipoh Timur merangkap Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Howard Lee Chuan How berkata, rakyat ketika ini sudah mula menunjukkan respons yang baik terhadap gabungan BN dan PH.

Walau bagaimanapun jelasnya, semua pihak harus menggembleng tenaga bagi memastikan mesej positif daripada pentadbiran Kerajaan Perpaduan baik di peringkat Negeri Perak mahupun Persekutuan, dapat sampai di semua lapisan masyarakat.

Kerajaan Perpaduan Negeri Perak utuh Pelan Perak Sejahtera 2030 positif Menteri Besar Saarani Mohamad Barisan Nasional BN Pakatan Harapan PH
Para kepimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan Daerah Kerian pada majlis Perasmian Penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai di Dewan Kerian Permai, Parit Buntar. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 APRIL 2024.

“Gerak kerja yang digerakkan bukan hanya mahu mengekalkan kuasa ketika ini, malah ia adalah satu bentuk kerjasama untuk memastikan kita memperoleh kemenangan dalam mana-mana PRU atau Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas ini.

“Kerjasama BN-PH ini bukan kerjasama jangka masa pendek atau sederhana, malah ia adalah satu bentuk kerjasama strategik jangka masa panjang demi negeri dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Perasmian Penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan Madani Daerah Kerian Dewan Kerian Permai, dekat sini, pada Ahad.

Menteri Besar Perak, merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada majlis Perasmian Penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai di Dewan Kerian Permai, Parit Buntar. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 APRIL 2024.

Majlis dirasmikan Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Pengerusi PH Perak Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Pada sama sama, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, Datuk Asmuni Awi memberitahu, beliau berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin Saarani ketika ini.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, Datuk Asmuni Awi. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 APRIL 2024.

Malah ujarnya, Pelan Perak Sejahtera 2030 yang digagaskan menteri besar itu dilihat sebagai satu pelan pembangunan negeri positif di samping mampu memperkukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan di Perak.

“Saya yakin pelbagai perancangan lain sedang dan akan dirangka, dan terkini kejayaan Saarani menarik minat pelabur luar ke Perak susulan lawatan kerja beliau ke Korea Selatan dan Jepun baru-baru ini adalah baik.

“Selain itu, kita juga lihat bagaimana Perak ketika ini giat membawa pembangunan-pembangunan baru ke semua daerah termasuk di Kerian ini,” katanya lagi.

Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Mohd Jamil Jahaya. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 APRIL 2024.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Mohd Jamil Jahaya berkata, pihaknya yakin kerjasama antara BN dan PH akan membantu merampas dua kerusi Parlimen dan lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kerian pada PRU akan datang sebagaimana dihasratkan Saarani.

Menurutnya, ia membabitkan Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai sementara DUN melibatkan Kuala Kurau, Titi Serong, Alor Pongsu, Gunong Semanggol serta Selinsing yang kesemuanya dimenangi pembangkang sebelum ini.

Para perwakilan yang hadir pada majlis Perasmian Penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Parit Buntar dan Bagan Serai di Dewan Kerian Permai, Parit Buntar. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 APRIL 2024.

“Saya yakin jika undi yang diberikan kepada PH dan BN sebelum ini hanya kepada satu calon sahaja, kita mampu merampas kesemua kerusi berkenaan pada PRU16 nanti.

“Dan untuk itu, pelbagai gerak kerja telah digerakkan dalam memastikan hubungan ahli di semua peringkat membabitkan antara dua gabungan itu dapat diperkukuhkan lagi,” jelas beliau. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

‘Genap setahun, Kerajaan Perak kekal stabil’

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI