Kewangan Perak mengukuh kutip hasil RM1.2 bilion setakat November

IPOH – Kedudukan kewangan Perak terus mengukuh apabila merekodkan kutipan hasil hampir RM1.2 bilion setakat 28 November 2024.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Perak turut melakar sejarah apabila kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.0 bilion seawal Oktober tahun ini.

“Syukur Alhamdulillah, sukacita saya mengumumkan pada 28 November 2024, Kerajaan Negeri telah berjaya merekodkan kutipan hasil dan terimaan pembangunan RM1.199 bilion.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua jabatan yang terlibat terutamanya Pejabat Kewangan Negeri atas kesungguhan dan kerja keras yang ditunjukkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2024 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Jumaat.

Tambah Saarani, penyata Kewangan Kerajaan Negeri tahun 2023 menunjukkan peningkatan prestasi kutipan hasil yang ketara iaitu RM1.2 bilion dengan peningkatan 10.97 peratus berbanding tahun 2022.

“Dan Alhamdulillah, ekoran prestasi dan budaya perbelanjaan yang berhemah dan bertanggungjawab, kenyataan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 3 Tahun 2024 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Perak merupakan antara LIMA negeri yang menerima Sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran untuk Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023,” katanya.

Kewangan Perak mengukuh kutip hasil RM1.2 bilion setakat November
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad meembentangkan Belanjawan Perak 2025 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2024.

Mengulas mengenai peruntukkan Belanjawan Perak 2025 berjumlah RM1.52 bilion Saarani berkata, sebanyak RM981.8 juta diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM538 juta pula bagi pembangunan RM538.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu berkata, belanja bagi maksud mengurus terdiri daripada Emolumen RM472.73 juta, Perkhidmatan dan Bekalan RM350.10 juta, Pembelian Aset RM16.35 juta, Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap RM136.42 juta serta Lain-lain Perbelanjaan RM6.20 juta.

Jelasnya lagi peningkatan belanja bagi Maksud Mengurus tahun 2025 telah mengambilkira kenaikan gaji penjawat awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan pelarasan pencen Ahli Dewan Negeri.

“Belanja bagi Maksud Pembangunan Tahun 2025 ditokok dalam jumlah yang besar iaitu RM47 juta (9.6 peratus) berbanding Belanjawan Tahun 2024.

“Peningkatan ini bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kebajikan demi manfaat rakyat disokong pula oleh kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang semakin mengukuh dan stabil,” katanya.

Ujar beliau lagi perbelanjaan bagi Maksud Pembangunan sebanyak RM538 juta merupakan jumlah tertinggi yang pernah Kerajaan Negeri peruntukkan.

“Peningkatan ini adalah untuk membolehkan pertumbuhan ekonomi Negeri terus berdaya saing dan pembangunan terus terlaksana selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.

“Daripada unjuran Hasil dan Perbelanjaan tersebut, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 diunjurkan pada kadar defisit RM81.8 juta,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2025: RM1.52 bilion tertinggi dalam sejarah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI