Khutbah Jumaat ‘Keburukan Fitnah’ tidak berkait mana-mana individu – JAIPk

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), menafikan dakwaan yang mengatakan teks Khutbah Jumaat negeri yang akan dibacakan pada minggu ini dikaitkan dengan mana-mana individu.

Dalam satu hantaran ringkas pada laman Facebook, JAIPk memaklumkan, sebaliknya teks bertajuk ‘Keburukan Fitnah: Pengajaran Dari Peristiwa al-Ifki’ itu disampaikan berdasarkan kepada peristiwa peristiwa al-Ifki atau fitnah yang berlaku dalam bulan Syaaban.

“Khutbah Jabatan Agama Islam Perak bertajuk ‘Keburukan Fitnah: Pengajaran Dari Peristiwa al-Ifki’ yang akan dibacakan pada minggu ini ia tiada kena mengena dengan mana-mana individu.

“Dan (Sebaliknya) khutbah ini diolah berdasarkan kepada peristiwa al-Ifki yang berlaku dalam Bulan Syaaban,” tulis hantaran berkenaan.

Walaupun tidak dinyatakan, dipercayai hantaran itu sebagai menjawab dakwaan dan persoalan anak kepada Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, iaitu Muhammad Rif’aat yang berhubung konteks teks berkenaan.

Menerusi hantaran pada laman Facebook, Rif’aat membangkitkan persoalan sama ada teks Khutbah Jumaat itu cuba mahu menyinggung isu rentetan permohonan maaf Razman terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh baru-baru ini atau sebaliknya.

“Sekiranya itulah niat sebenarnya, jelas sampai begitu sekali gigihnya mereka mahu mempertahankan maruah pemimpin DAP yang dikaitkan sebagai anak YTL, sampai menyamakan dengan peristiwa al-Ifki yang mencemarkan maruah Sayidatina Aisyah RA yang dituduh curang.

“Sedangkan isu semasa di Perak yang lebih besar dan signifikan terhadap umat Islam ialah gesaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan daripada DAP mengenai isu sekatan penjualan arak di kawasan penduduk Muslim yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI),” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Ulamak PAS Perak.

Peristiwa al-Ifki merujuk kepada peristiwa Sayidatina Aisyah RA yang difitnah oleh orang munafik melakukan zina dengan seorang sahabat Rasulullah SAW, Sofwan Bin Mu’attol RA.

Susulan peristiwa itu, Allah SWT memuliakan Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda terutama Sayidatina Aisyah RA sebagaimana yang tercatat dalam al-Quran pada surah al-Nur. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Razman mohon maaf, akui tersilap keluar kenyataan ‘Hannah Yeoh anak YTL’

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI