Kilang proses pau, kopi berusia 50 tahun guna logo halal tamat tempoh diserbu

TANJUNG MALIM – Padah guna sijil halal tamat tempoh, sebuah premis memproses pau dan kopi diserbu pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, semalam.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, hasil semakan mendapati sijil halal di premis berkenaan telah berakhir pada September tahun 2022.

Katanya, kilang berkenaan juga dipercayai telah beroperasi lebih dari 50 tahun serta mempunyai empat cawangan.

“Operasi bersepadu itu dilaksanakan Pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Tapah bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

“Ia dijalankan hasil semakan ke atas pemegang-pemegang sijil halal yang masih menggunakan logo halal walaupun telah tamat tempoh sah.

“Pengusaha premis tersebut telah dinasihati oleh pihak JAIPk untuk memperbaharui permohonan Sijil Halal, namun perkara tersebut tidak diendahkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

KPDN perak tanjung malim kilang KPDN serbu kilang pau, kopi guna logo halal tamat tempoh Datuk Kamalludin Ismail sijil halal
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, hasil semakan pihaknya mendapati sijil halal di premis berkenaan telah berakhir pada dua tahun lalu. Foto KPDN PERAK

Selain itu, beliau memberitahu, dalam serbuan itu, turut dirampas barangan yang dianggarkan berjumlah RM30,000 sementara seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Tambah Kamalludin, kes disiasat di bawah Perintah 8 (a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu kesalahan memperaku mana-mana makanan itu adalah halal.

“KPDN memandang serius peniaga yang menggunakan perakuan dan penandaan halal ke atas produk makanan atau barangan keluaran yang melanggar undang-undang mengikut Akta Perihal Dagangan 2011,” ujarnya – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPDN serbu kedai jual produk ‘No Palm Oil’

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI