KKM kenal pasti 10 bidang kritikal diperlukan negara

IPOH – Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengenal pasti 10 bidang kepakaran kritikan yang amat diperlukan di negara ini.

Ia termasuk perbidanan, kesihatan awam, perawatan neonate, perawatan peadiatrik, perawatan rapi, perawatan Kardiovaskular, perawatan Ortopedik, perawatan mental, perawatan perioperatif dan gerontologi serta kesihatan krimer.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata pada masa ini, KKM sedang berusaha mempertingkatkan promosi latihan bagi Program Lanjutan dan bidang-bidang kepakaran yang kritikal.

“Kita terutama ILKKM (Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia) menyediakan kursus diploma akan datang ini dari bidang kritikal contohnya geriatrik, sebab kita menuju negara menua.

“Jadi bidang geriatrik akan menjadi tumpuan kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ILKKM Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Ir Dr. Zaini Ujang Noor dan Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan KKM, Noor Aini Ahmad.

Dalam perkembangan berkaitan, Zaliha berkata seramai 6,130 graduan ILKKM Zon Semenanjung menerima sijil dan diploma masing-masing di samping 1,196 di Zon Sarawak dan 1,134 di Zon Sabah.

Katanya, sejak 2018 hingga Jun 2023, seramai 14,619 graduan ILKKM telah diserap ke dalam perkhidmatan di kementerian.

“Sebanyak 19 institusi latihan di bawah KKM di seluruh Malaysia menawarkan sebanyak 64 program Paramedik dan Auksilari Kesihatan latihan iaitu 13 Program Pra Perkhidmatan, satu Program Diploma Kejururawatan (Peralihan) dan 50 program di peringkat Diploma Lanjutan dan Sijil Pos Basik.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 38 program latihan dalam bidang kepakaran adalah khusus ditawarkan di ILKKM dan tidak ditawarkan di mana-mana pusat pengajian lain di Malaysia,” jelasnya.

Pada tahun ini sahaja KKM melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menerima sejumlah 1.4 juta permohonan untuk menyertai program latihan di bawah ILKKM.

Ini menunjukkan bahawa ILKKM setanding dengan institusi – institusi atau agensi-agensi lain yang menyediakan program latihan anggota Sains Kesihatan.

ILKKM juga merupakan penyumbang terbesar bagi pengeluaran anggota kesihatan terlatih.

Dalam tempoh lima tahun iaitu daripada tahun 2018 hingga Jun 2023, seramai 14,619 graduan ILKKM telah diserap ke perkhidmatan. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI