Kopi Perak penuhi permintaan, kehendak pasaran semasa

KOPI minuman yang terhasil daripada benih biji kopi yang dipanggang sudah sebati dengan warisan serta budaya masyarakat di Malaysia.

Menurut kajian, dipercayai minuman itu mula ditemui pada sekitar abad kesembilan di Benua Afrika sebelum ia diperluaskan ke wilayah Timur Tengah, Eropah dan Benua Amerika.

Dipercayai penanaman pokok kopi mula diperkenalkan di Malaysia sekitar abad ke-18 apabila biji kopi varieti Arabica di bawa masuk ke negara ini dari Afrika, namun pertumbuhannya tidak menggalakkan akibat faktor cuaca.

KOPI minuman yang terhasil daripada benih biji kopi yang dipanggang sudah sebati dengan warisan serta budaya masyarakat di Malaysia.Menurut kajian, dipercayai minuman itu mula ditemui pada sekitar abad kesembilan di Benua Afrika sebelum ia diperluaskan ke wilayah Timur Tengah, Eropah dan Benua Amerika. Dipercayai penanaman pokok kopi mula diperkenalkan di Malaysia sekitar abad ke-18 apabila biji kopi varieti Arabica di bawa masuk ke negara ini dari Afrika, namun pertumbuhannya tidak menggalakkan akibat faktor cuaca. Rentetan itu, tanaman kopi daripada varieti Liberica mula diperkenalkan di negara ini oleh Leonard Wray pada sekitar tahun 1875 dan ia menjadi pemangkin kepada perkembangan awal perusahaan kopi tempatan. Terdapat lebih daripada 100 spesies kopi yang terdapat di dunia namun empat daripadanya sesuai ditanam secara komersial iaitu Arabica, Robusta, Liberica dan Excelsa. Dewasa ini kopi bukan sekadar hanya minuman sebaliknya ia telah membentuk komuniti tersendiri di samping menjadi salah satu komponen kepada pembangunan sektor ekonomi dan pelancongan setempat. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Ipoh misalnya kini telah menjadi destinasi buat pecinta kopi yang menghargai keaslian rasa, keunikan budaya, serta suasana khas yang ditawarkan di bandar raya itu. Menurut beliau, platform interaktif atas talian Peta Kopi telah menyenaraikan lebih 150 kafe di yang boleh didapati di seluruh Negeri Perak. “Ia bukan sahaja memudahkan pelancong mencari kafe pilihan, malah mengangkat keunikan kafe tempatan sebagai daya tarikan utama, memperkukuh sektor pelancongan negeri. “Kita juga berbangga kerana jenama-jenama seperti Chek Hup dan Ipoh Oldtown White Coffee telah berjaya menembusi pasaran global, membuktikan keupayaan industri kopi Perak untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Program Cherita Secangkir Kopi 2024, baru-baru ini. Saarani berkata, pasaran kopi global juga semakin berkembang pesat apabila pasarannya , dianggarkan bernilai dolar Amerika Syarikat (USD) 461.25 bilion pada 2022, dijangka mencapai USD 690.09 bilion menjelang tahun 2030. Dalam konteks domestik pula, data Organisasi Kopi Antarabangsa mengunjurkan bahawa rakyat Malaysia adalah antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik, dengan purata lebih 100 cawan setahun bagi setiap individu. Menurut Saarani, oleh itu trend berkenaan membuka peluang besar kepada Perak, khususnya dalam memenuhi permintaan kopi organik dan lestari yang semakin digemari pengguna global selari dengan gaya hidup sihat. Malah ujar beliau, potensi itu juga membuka ruang untuk industri kopi Perak memperluas capaian, bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi juga ke peringkat antarabangsa. ** Penjenamaan Kopi Perak Jabatan Pertanian Negeri Perak mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan jenama Kopi Perak, hasil daripada tanaman dan pemprosesan biji kopi di negeri ini. Jenama Kopi Perak dilancarkan di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2024), di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor pada 14 September lalu. Ia disempurnakan Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. Majlis yang berlangsung di Pavilion Negeri Perak itu turut disaksikan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman serta usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman. Menurut Jabatan Pertanian Negeri, penjenamaan semula kopi varieti Liberica yang ditanam di Perak itu adalah langkah strategik bagi menjadikan negeri ini sebagai pengeluar utama kopi di Malaysia. Katanya, melalui usaha itu, jabatan berkenaan diberi tanggungjawab untuk merangka hala tuju, pendekatan, dan polisi yang lebih kukuh serta inklusif bagi meningkatkan pengeluaran industri kopi di Perak. “Penjenamaan semula varieti Liberica sebagai Kopi Perak diharap mampu melonjakkan industri kopi dengan memberi impak kepada sektor agro-pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana (IKS). “Dalam usaha memperkenalkan Kopi Perak kepada orang ramai, hampir 20 pembancuh kopi atau ‘brewer’ tempatan telah terpilih untuk mempromosikan kopi itu melalui ujirasa di kios dan kafe di seluruh Perak. “Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keunikan Kopi Liberica di Perak, sekaligus memperkukuhkan jenama ini dalam pasaran,” jelasnya lagi. Aktiviti ‘healing’ atau rehat minda yang menjadi sebahagian aktiviti wajib masyrakat Malaysia pada setiap hujung minggu pastinya akan dilengkapkan dengan secangkir kopi. Selain itu, aktiviti ‘cafe hopping’ atau berkunjung ke beberapa kafe dalam satu tempoh masa terdekat juga menjadi antara norma baharu dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda yang mencintai minuman kopi. Justeru perkembangan terkini di Negeri Perak ini dilihat sebagai langkah tepat dan kehadapan dalam merebut peluang terhadap industri kopi tempatan yang semakin berkembang. Usaha serampang dua mata ini dilihat dapat memperkasakan sektor penanaman dan perusahaan kopi di Perak dalam memenuhi kehendak pasaran semasa. Selain itu, inisiatif Kopi Perak juga seiring dengan inisatif Pelan Perak Sejahtera 2030 khususnya dalam aspek sekuriti makanan dan ekonomi. - MG Perak
Biji kopi yang selesai dipanggang ketika tinjauan MG Perak di Ngopdul Coffee and Roastery, Kawasan Perindustrian Paloh, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 OGOS 2024.

Rentetan itu, tanaman kopi daripada varieti Liberica mula diperkenalkan di negara ini oleh Leonard Wray pada sekitar tahun 1875 dan ia menjadi pemangkin kepada perkembangan awal perusahaan kopi tempatan.

Terdapat lebih daripada 100 spesies kopi yang terdapat di dunia namun empat daripadanya sesuai ditanam secara komersial iaitu Arabica, Robusta, Liberica dan Excelsa.

Dewasa ini kopi bukan sekadar hanya minuman sebaliknya ia telah membentuk komuniti tersendiri di samping menjadi salah satu komponen kepada pembangunan sektor ekonomi dan pelancongan setempat.

KOPI minuman yang terhasil daripada benih biji kopi yang dipanggang sudah sebati dengan warisan serta budaya masyarakat di Malaysia.Menurut kajian, dipercayai minuman itu mula ditemui pada sekitar abad kesembilan di Benua Afrika sebelum ia diperluaskan ke wilayah Timur Tengah, Eropah dan Benua Amerika. Dipercayai penanaman pokok kopi mula diperkenalkan di Malaysia sekitar abad ke-18 apabila biji kopi varieti Arabica di bawa masuk ke negara ini dari Afrika, namun pertumbuhannya tidak menggalakkan akibat faktor cuaca. Rentetan itu, tanaman kopi daripada varieti Liberica mula diperkenalkan di negara ini oleh Leonard Wray pada sekitar tahun 1875 dan ia menjadi pemangkin kepada perkembangan awal perusahaan kopi tempatan. Terdapat lebih daripada 100 spesies kopi yang terdapat di dunia namun empat daripadanya sesuai ditanam secara komersial iaitu Arabica, Robusta, Liberica dan Excelsa. Dewasa ini kopi bukan sekadar hanya minuman sebaliknya ia telah membentuk komuniti tersendiri di samping menjadi salah satu komponen kepada pembangunan sektor ekonomi dan pelancongan setempat. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Ipoh misalnya kini telah menjadi destinasi buat pecinta kopi yang menghargai keaslian rasa, keunikan budaya, serta suasana khas yang ditawarkan di bandar raya itu. Menurut beliau, platform interaktif atas talian Peta Kopi telah menyenaraikan lebih 150 kafe di yang boleh didapati di seluruh Negeri Perak. “Ia bukan sahaja memudahkan pelancong mencari kafe pilihan, malah mengangkat keunikan kafe tempatan sebagai daya tarikan utama, memperkukuh sektor pelancongan negeri. “Kita juga berbangga kerana jenama-jenama seperti Chek Hup dan Ipoh Oldtown White Coffee telah berjaya menembusi pasaran global, membuktikan keupayaan industri kopi Perak untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Program Cherita Secangkir Kopi 2024, baru-baru ini. Saarani berkata, pasaran kopi global juga semakin berkembang pesat apabila pasarannya , dianggarkan bernilai dolar Amerika Syarikat (USD) 461.25 bilion pada 2022, dijangka mencapai USD 690.09 bilion menjelang tahun 2030. Dalam konteks domestik pula, data Organisasi Kopi Antarabangsa mengunjurkan bahawa rakyat Malaysia adalah antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik, dengan purata lebih 100 cawan setahun bagi setiap individu. Menurut Saarani, oleh itu trend berkenaan membuka peluang besar kepada Perak, khususnya dalam memenuhi permintaan kopi organik dan lestari yang semakin digemari pengguna global selari dengan gaya hidup sihat. Malah ujar beliau, potensi itu juga membuka ruang untuk industri kopi Perak memperluas capaian, bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi juga ke peringkat antarabangsa. ** Penjenamaan Kopi Perak Jabatan Pertanian Negeri Perak mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan jenama Kopi Perak, hasil daripada tanaman dan pemprosesan biji kopi di negeri ini. Jenama Kopi Perak dilancarkan di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2024), di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor pada 14 September lalu. Ia disempurnakan Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. Majlis yang berlangsung di Pavilion Negeri Perak itu turut disaksikan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman serta usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman. Menurut Jabatan Pertanian Negeri, penjenamaan semula kopi varieti Liberica yang ditanam di Perak itu adalah langkah strategik bagi menjadikan negeri ini sebagai pengeluar utama kopi di Malaysia. Katanya, melalui usaha itu, jabatan berkenaan diberi tanggungjawab untuk merangka hala tuju, pendekatan, dan polisi yang lebih kukuh serta inklusif bagi meningkatkan pengeluaran industri kopi di Perak. “Penjenamaan semula varieti Liberica sebagai Kopi Perak diharap mampu melonjakkan industri kopi dengan memberi impak kepada sektor agro-pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana (IKS). “Dalam usaha memperkenalkan Kopi Perak kepada orang ramai, hampir 20 pembancuh kopi atau ‘brewer’ tempatan telah terpilih untuk mempromosikan kopi itu melalui ujirasa di kios dan kafe di seluruh Perak. “Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keunikan Kopi Liberica di Perak, sekaligus memperkukuhkan jenama ini dalam pasaran,” jelasnya lagi. Aktiviti ‘healing’ atau rehat minda yang menjadi sebahagian aktiviti wajib masyrakat Malaysia pada setiap hujung minggu pastinya akan dilengkapkan dengan secangkir kopi. Selain itu, aktiviti ‘cafe hopping’ atau berkunjung ke beberapa kafe dalam satu tempoh masa terdekat juga menjadi antara norma baharu dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda yang mencintai minuman kopi. Justeru perkembangan terkini di Negeri Perak ini dilihat sebagai langkah tepat dan kehadapan dalam merebut peluang terhadap industri kopi tempatan yang semakin berkembang. Usaha serampang dua mata ini dilihat dapat memperkasakan sektor penanaman dan perusahaan kopi di Perak dalam memenuhi kehendak pasaran semasa. Selain itu, inisiatif Kopi Perak juga seiring dengan inisatif Pelan Perak Sejahtera 2030 khususnya dalam aspek sekuriti makanan dan ekonomi. - MG Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasa air kopi buatan anak tempatan ketika melawat gerai-gerai peniaga kopi pada Majlis Perasmian Program ‘Cherita Secangkir Kopi 2024’ di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 NOVEMBER 2024.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Ipoh misalnya kini telah menjadi destinasi buat pecinta kopi yang menghargai keaslian rasa, keunikan budaya, serta suasana khas yang ditawarkan di bandar raya itu.

Menurut beliau, platform interaktif atas talian Peta Kopi telah menyenaraikan lebih 150 kafe di yang boleh didapati di seluruh Negeri Perak.

“Ia bukan sahaja memudahkan pelancong mencari kafe pilihan, malah mengangkat keunikan kafe tempatan sebagai daya tarikan utama, memperkukuh sektor pelancongan negeri.

“Kita juga berbangga kerana jenama-jenama seperti Chek Hup dan Ipoh Oldtown White Coffee telah berjaya menembusi pasaran global, membuktikan keupayaan industri kopi Perak untuk bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Program Cherita Secangkir Kopi 2024, baru-baru ini.

Kopi perak biji kopi tanaman masyarakat malaysia pasaran negeri perak minuman Saarani jabatan pertanian industri sektor tempatan
Kopi O antara minuman di ‘Kedei Kupi Cherok’ (Kedai Kopi Ceruk) di Pekan Sungkai, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 OKTOBER 2024.

Saarani berkata, pasaran kopi global juga semakin berkembang pesat apabila pasarannya , dianggarkan bernilai dolar Amerika Syarikat (USD) 461.25 bilion pada 2022, dijangka mencapai USD 690.09 bilion menjelang tahun 2030.

Dalam konteks domestik pula, data Organisasi Kopi Antarabangsa mengunjurkan bahawa rakyat Malaysia adalah antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik, dengan purata lebih 100 cawan setahun bagi setiap individu.

Pekerja mencorakkan permukaan air kopi di Ngopdul Coffee, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 OGOS 2024.

Menurut Saarani, oleh itu trend berkenaan membuka peluang besar kepada Perak, khususnya dalam memenuhi permintaan kopi organik dan lestari yang semakin digemari pengguna global selari dengan gaya hidup sihat.

Malah ujar beliau, potensi itu juga membuka ruang untuk industri kopi Perak memperluas capaian, bukan sahaja di pasaran tempatan tetapi juga ke peringkat antarabangsa.

Penjenamaan Kopi Perak

Jabatan Pertanian Negeri Perak mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan jenama Kopi Perak, hasil daripada tanaman dan pemprosesan biji kopi di negeri ini.

Jenama Kopi Perak dilancarkan di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2024), di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor pada 14 September lalu.

Kopi perak biji kopi tanaman masyarakat malaysia pasaran negeri perak minuman Saarani jabatan pertanian industri sektor tempatan
Sekitar Majlis Pelancaran Kopi Perak di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2024), di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor pada 14 September lalu. Foto Jabatan Pertanian Malaysia.

Ia disempurnakan Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Majlis yang berlangsung di Pavilion Negeri Perak itu turut disaksikan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman serta usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Menurut Jabatan Pertanian Negeri, penjenamaan semula kopi varieti Liberica yang ditanam di Perak itu adalah langkah strategik bagi menjadikan negeri ini sebagai pengeluar utama kopi di Malaysia.

Pekerja sibuk menyiapkan air kopi pelanggan di Ngopdul Coffee, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 OGOS 2024.

Katanya, melalui usaha itu, jabatan berkenaan diberi tanggungjawab untuk merangka hala tuju, pendekatan, dan polisi yang lebih kukuh serta inklusif bagi meningkatkan pengeluaran industri kopi di Perak.

“Penjenamaan semula varieti Liberica sebagai Kopi Perak diharap mampu melonjakkan industri kopi dengan memberi impak kepada sektor agro-pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana (IKS).

“Dalam usaha memperkenalkan Kopi Perak kepada orang ramai, hampir 20 pembancuh kopi atau ‘brewer’ tempatan telah terpilih untuk mempromosikan kopi itu melalui ujirasa di kios dan kafe di seluruh Perak.

“Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keunikan Kopi Liberica di Perak, sekaligus memperkukuhkan jenama ini dalam pasaran,” jelasnya lagi.

Pelanggan tidak melepaskan peluang menikmati kopi Ngopdul Coffee di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 OGOS 2024.

Aktiviti ‘healing’ atau rehat minda yang menjadi sebahagian aktiviti wajib masyarakat Malaysia pada setiap hujung minggu pastinya akan dilengkapkan dengan secangkir kopi.

Selain itu, aktiviti ‘cafe hopping’ atau berkunjung ke beberapa kafe dalam satu tempoh masa terdekat juga menjadi antara norma baharu dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda yang mencintai minuman kopi.

Pemilik Groovy Coffee, Amir Zainuddin, 25 (kanan) dan Muhammad Aideed Zainuddin, 29 (kiri) menyediakan air kopi pelanggan ketika tinjauan MG Perak di perkarangan Karat Cafe, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OGOS 2024.

Justeru perkembangan terkini di Negeri Perak ini dilihat sebagai langkah tepat dan kehadapan dalam merebut peluang terhadap industri kopi tempatan yang semakin berkembang.

Usaha serampang dua mata ini dilihat dapat memperkasakan sektor penanaman dan perusahaan kopi di Perak dalam memenuhi kehendak pasaran semasa.

Selain itu, inisiatif Kopi Perak juga seiring dengan inisatif Pelan Perak Sejahtera 2030 khususnya dalam aspek sekuriti makanan dan ekonomi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mula dari minat, Ngopdul kini semakin berkembang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI