KPDN Perak patahkan cubaan seleweng 4,500 liter diesel

KUALA KANGSAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya mematahkan sindiket penyelewengan 4,500 liter minyak diesel bersubsidi ke atas sebuah lori ‘bonded’ di sebuah stesen minyak di Jalan Puncak Bougainvillea, dekat sini, pada Sabtu.

Hasil risikan anggota penguat kuasa melalui Op Tiris, KPDN berjaya mengesan aktiviti pembelian minyak diesel yang mencurigakan itu sekitar jam 2.45 pagi.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, hasil pemeriksaan terhadap lori berkenaan menemukan lima unit tangki IBC yang mengandungi cecair yang disyaki minyak diesel.

“Seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun yang mengaku sebagai pemandu lori turut berada di tempat kejadian dan gagal mengemukakan sebarang dokumen melibatkan permit atau lesen barang kawalan apabila diminta.

“Lelaki terbabit mendakwa, dia hanya pekerja dan dibayar gaji oleh majikan untuk membeli minyak diesel di stesen minyak, serta perlu menunggu arahan selanjutnya bagi mengetahui destinasi penghantaran apabila telah selesai pembelian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

seleweng diesel bersubsidi KPDN Perak Kuala Kangsar seleweng diesel bersubsidi KPDN Perak Kuala Kangsar seleweng diesel bersubsidi KPDN menyelweng Perak Kuala Kangsar
KPDN Perak menemukan lima tangki IBC yang mengandungi cecair yang disyaki minyak diesel yang diselewengkan pada lori berkenaan, di Kuala Kangsar. Foto KPDN PERAK

Menurut beliau, selain minyak lima unit tangki yang mengandungi diesel, turut disita adalah satu set pam, serta dokumen yang berkaitan yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM 44,575.

Tambah Kamalludin, pemandu lori berkenaan turut ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Pengusaha stesen minyak juga akan diambil tindakan penguatkuasaan kerana disyaki melanggar arahan pengawal bekalan.

“Iaitu membenarkan mana – mana individu membuat pengisian minyak diesel ke dalam tong dan bukannya tangki asal kenderaan, tanpa kebenaran atau kelulusan daripada Pengawal Bekalan Malaysia.

“Dan ia turut disiasat kerana disyaki tidak mematuhi Arahan Pengawal Bekalan mengenai penjualan minyak diesel melebihi 250 liter bagi satu transaksi,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Dua lelaki dicekup seleweng diesel di Pangkor

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI