KPDN Perak patahkan cubaan seluduh Petrol Ron95 ke Thailand

GERIK – Tindakan berani seorang lelaki warga Thailand menyeludup 60 liter minyak Petrol Ron95 melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, di sini, pada Sabtu, menemui padah.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan lelaki berusia 51 tahun itu terbongkar apabila sepasukan anggota penguatkuasa melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kereta Toyota Camry bernombor pendaftaran Malaysia sekitar jam 11.30 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan itu dilakukan ketika lelaki berkenaan melalui Pos Sekatan Jalan Raya ketika dalam perjalanan ke Betong, Thailand.

kpdn petrol seludup thailand perak
Tindakan lelaki warga Thailand terbongkar apabila sepasukan anggota penguatkuasa KPDN Perak melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kereta Toyota Camry bernombor pendaftaran Malaysia. Foto KPDN PERAK

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan terbabit menemukan sebuah tangki tambahan di bahagian belakang kenderaan yang bersambung dengan tangki asal kenderaan tersebut.

“Turut ditemukan cecair yang disyaki minyak petrol berada di dalam tangki tambahan itu.

“Sehubungan itu, penguat kuasa KPDN Perak telah mengambil tindakan dengan menahan pemandu tersebut untuk siasatan lanjut. Minyak petrol serta kenderaan terbabit telah disita dan dianggarkan bernilai RM5,123,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Tambah Kamalludin, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari bagi siasatan lanjut.

Ujar beliau, KPDN Perak sedang giat menempatkan anggota penguat kuasa di pintu masuk sempadan negara sebagai usaha mengekang ketirisan dan aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak patahkan cubaan seludup 3,500 liter diesel

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI