KPDN Perak rampas 20 tong gas, simpan tanpa permit

TAIPING – Sebanyak 20 tong gas gas petroleum cecair (LPG) pelbagai jenama dirampas di sebuah kedai runcit di pekan Batu Kurau, dekat sini, kerana disyaki menyimpan barang kawalan berjadual tanpa permit atau lesen sah.

Rampasan yang dilakukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Taiping itu hasil pemeriksaan harian pada Khamis.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, hasil pemeriksaan di premis terbabit menemui 20 tong gas LPG masing-masing 14 kilogram (kg) yang mana ia merupakan barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Ketika serbuan dilakukan, pemilik premis tidak dapat mengemukakan sebarang permit atau lesen menyimpan barang kawalan apabila diminta.

“Sehubungan itu, satu tindakan kes telah diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan menyita kesemua tong gas serta dokumen berkaitan.

“Nilai keseluruhan barang rampasan adalah dianggarkan berjumlah RM 1,856,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Kamalludin, pihaknya juga akan menjalankan siasatan terhadap pembekal barang kawalan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan kesalahan bagi pertubuhan perbadanan, didenda sehingga RM2 juta dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM5 juta.

“Manakala jika pesalah bukan pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM3 juta atau dipenjarakan sehingga lima tahun atau kedua-duanya,” katanya lagi.

Dalam pada itu beliau berkata, KPDN memandang serius terhadap peniaga yang melakukan kesalahan melibatkan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ujar beliau, tindakan tegas akan diambil sekiranya gagal mematuhi perundangan yang ditetapkan di bawah akta yang dikuatkuasakan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak sita 63 tong LPG berjumlah lebih RM5,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI