KPDN Perak rampas 3,200 liter diesel disimpan secara haram

TAIPING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas 3,200 liter diesel yang disimpan tanpa lesen di Kampung Ayer Puteh, Simpang di sini pada Khamis.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, rampasan berkenaan dilakukan anggota KPDN Cawangan Taiping di bawah Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) sekitar jam 6.30 pagi.

Menurut beliau, serbuan dijalankan hasil risikan berhubung kegiatan penyelewengan minyak diesel yang dipercayai diperoleh dari pemandu-pemandu lori syarikat pengangkutan yang tidak amanah.

“Hasil pemantauan selama seminggu telah membawa kepada pengenalpastian sebuah lori kargo tiga tan jenis Nissan Diesel yang disyaki digunakan dalam kegiatan ini.

“Siasatan mendapati kenderaan tersebut telah diubah suai dengan pemasangan tangki tambahan berkapasiti kira-kira 4,500 liter yang diletakkan di bahagian muatan bagi tujuan mengumpul diesel,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Kamalludin berkata, sindiket berkenaan dipercayai beroperasi lewat pagi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dengan modus operandi melibatkan pembelian dan pemindahan minyak diesel ke dalam tangki yang telah diubah suai.

Anggota KPDN Cawangan Taiping memeriksa diesel tanpa lesen yang disimpan di stor simpanan diesel tanpa lesen, Kampung Ayer Puteh, Simpang, Taiping. Foto, ihsan KPDN Perak.

Katanya, seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun yang merupakan pemilik stor telah ditahan bagi membantu siasatan.

“lelaki tersebut juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia bagi urusan melibatkan barang kawalan.

“Satu tindakan kes telah dibuat dengan menyita 3,200 liter cecair disyaki minyak diesel, sebuah lori tiga tan jenis Nissan Diesel, dua unit tangki IBC, tiga unit pam beserta hos, lima belas unit jerry can, lapan belas unittong drum, satu unit tangki fiber serta dokumen-dokumen berkaitan,” katanya.

Tambahnya, kesemua nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM102,909 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan PeraturanPeraturan Kawalan Bekalan 1974. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI