KPDN Perak rampas barang sebuah premis di Kamunting

TAIPING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mengenakan tindakan ke atas sebuah premis yang menjual barang kawalan tanpa lesen di Taman Lela, Kamunting di sini, pada Rabu.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan yang dijalankan anggota KPDN sekitar pukul 2 petang itu telah berjumpa dengan seorang lelaki warga tempatan yang mendakwa sebagai pemilik premis.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut menemui barang kawalan iaitu minyak masak, gula, tepung gandum dan gas petroleum cecair (LPG) yang disimpan di stor dan di ruang rak pameran barang jualan.

“Berikutan penemuan barang kawalan di dalam premis, satu arahan pengisytiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberikan kepada pemilik premis.

“Sebanyak 41 kilogram (kg) minyak masak paket dan botol, 133kg tepung gandum, 234kg gula pasir dan enam tong LPG 14kg yang ditemui tersebut telah disita untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM2,111.50,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Kamalludin, hasil siasatan lanjut turut mendapati premis berkenaan gagal mengemukakan Lesen Runcit Barang Kawalan dan disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Per.3(1) PPKB 1974 iaitu menjual barang kawalan tanpa lesen yang sah.

“Kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan seseorang selain dari badan korporat boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau tidak melebihi tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

“Manakala bagi mana-mana badan korporat yang melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM2 juta,” katanya. – MG Perak.

Artikel Berkaitan:

Seleweng diesel: KPDN serbu stor, stesen minyak disyaki subahat

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI