KPDN Perak rekod nilai rampasan lebih RM3 juta

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, berjaya menghasilkan sebanyak 277 kes dengan nilai rampasan RM3,451,623.67 dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kejayaan itu direkodkan hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan ke atas 22,743 premis di seluruh negeri.

“Tidak hanya itu, jumlah kompaun sebanyak RM 97,800 telah dikenakan, menunjukkan pendekatan yang tegas dan adil dalam memastikan kepatuhan terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN.

“Begitu juga dengan nilai denda sebanyak RM 258,000.00 yang telah dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jalinan Muhibbah Bersama Komuniti Pengguna dan Rakan Strategik KPDN Perak 2024 di Bangunan Persekutuan Greentown di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Kamalludin berkata, KPDN Perak juga telah melaksanakan beberapa program di bawah inisiatif Payung Rahmah seperti Program Jualan Rahmah Madani (PJR) dan Bazar Rahmah.

Ujar beliau, program-program tersebut memberikan manfaat kepada masyarakat dengan menawarkan barangan keperluan harian pada harga mampu milik.

“Sebanyak 238 Program Jualan Rahmah (PJR) telah dijalankan bermula Januari hingga April tahun ini di mana seramai 290,072 pengunjung dianggarkan telah hadir ke program berkenaan,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI