KPDN Perak sambut baik Bazar Ramadan Rahmah jika diteruskan

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak tidak menolak kemungkinan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di bawah inisiatif Payung Rahmah akan diteruskan sempena bulan Ramadan ini.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, bagaimanapun pelaksanaan BRR itu tertakluk kepada arahan serta pengumuman di peringkat kementerian dan ibu pejabat.

Menurutnya, KPDN Perak sentiasa bersedia dan menyambut baik penganjuran bazar Ramadan itu jika ia dilaksanakan.

“Kemungkinan besar kita akan adakan lagi (BRR) namun mengenai perinciannya seperti membabitkan berapa lokasi dan sebagainya, kita akan umumkan nanti, iaitu selepas pengumuman mengenainya dibuat oleh Menteri.

“Kita ambil sedikit pengajaran daripada penganjuranya pada tahun lepas dan akan ada penambah baikan dan tahun ini kita akan ambil lokasi lebih menarik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jualan Ihsan Back To School (BTS) Peringkat Negeri Perak di pasar raya Mydin Meru di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pelaksanaan inisiatif BRR di Perak bagi Ramadan tahun ini  selepas tahun lalu bazar itu didakwa suram atau kurang sambutan termasuk dalam kalangan peniaga sendiri.

Dalam pada itu, Kamalludin berkata, pelaksanaan BRR juga memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan inisiatif e-dompet (e-wallet) seperti tahun lalu.

“Tetapi apa pun biar di peringkat kementerian yang umumkannya dahulu dan kita akan sambut di peringkat negeri nanti,” ujarnya.

Tahun lalu, BRR yang diadakan di People’s Park kurang dikunjungi orang ramai, tetapi juga tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan peniaga. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak keluar 10 notis menerusi Ops Kesan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI