KPDN Perak serbu dua pusat hiburan, rampas peralatan bernilai RM31,870

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyerbu dua pusat hiburan di sekitar bandar raya ini selepas disyaki melakukan pelanggaran hak cipta dengan menggunakan karya berdaftar tanpa kebenaran bagi tujuan komersial.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 6 petang semalam hasil maklumat serta aduan yang diterima daripada wakil pemilik hak cipta berhubung kegiatan terbabit.

“Hasil pemeriksaan, pasukan penguat kuasa menemukan set karaoke yang mengandungi salinan langgaran karya rakaman filem, bunyi dan lagu yang digunakan untuk tujuan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, wakil pemilik hak cipta turut membuat pengesahan awal terhadap set karaoke tersebut dan mendapati premis terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Hak Cipta 1987 kerana memiliki atau mengawal salinan langgaran bukan untuk kegunaan persendirian atau domestik.

“Kesemua peralatan termasuk set karaoke, monitor dan dokumen berkaitan telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM31,870,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki cedera jatuh pokok ketika cari petai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI