KPDN perkenal dua inisiatif baharu di bawah Ihsan Rahmah Madani

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan dua inisiatif baharu di bawah Ihsan Rahmah Madani (IRM).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, program berkenaan direka khas untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan beban kos sara hidup serta meningkatkan daya saing peniaga tempatan.

Menurutnya, inisiatif tersebut akan dibangunkan sektor swasta.

“Ihsan Cashback adalah program e-wallet tunai yang membantu pengguna membuat pembelian di rangkaian dan premis perniagaan yang terlibat serta mereka boleh mendapat pulangan tunai.

“Program itu (Ihsan Cashback) akan diintegrasikan dengan sistem i-Mesra iaitu platform pengurusan perniagaan digital yang membantu pengusaha perkhidmatan makanan untuk menguruskan inventori dan juga untuk menawarkan ihsan cashback tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media sempena Majlis Perasmian Penutup Jelajah Karnival KPDN Zon Tengah dan Festival Pengguna Tahun 2024 di Stadium Indera Mulia di sini pada Ahad.

KPDN perkenal dua inisiatif baharu di bawah Ihsan Rahmah Madani
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali merasmikan Pra Pelancaran Ihsan ‘Cashback’ ketika hadir ke Majlis Perasmian Penutup Jelajah Karnival KPDN Zon Tengah dan Festival Pengguna Tahun 2024 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 JULAI 2024.

Dalam perkembangan berkaitan, Armizan berkata, nama rasmi bagi kedua-dua inisiatif baharu itu akan diperkenalkan selepas pelancaran secara rasmi dilaksanakan.

“Hari ini hanya pra-pelancaran dilaksanakan bagi menonjolkan inisiatif daripada sektor swasta di bawah agenda Payung Rahmah.

“Sehubungan itu, kita mengharapkan lebih banyak lagi syarikat-syarikat, sektor korporat, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil dengan inisiatif-inisiatif yang menjurus kepada usaha membantu menangani kos sara hidup,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kad Fleet: KPDN, syarikat minyak bermesyuarat Khamis

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI