KPDN rampas 5,510 liter diesel subsidi di Taiping

TAIPING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, cawangan Taiping, merampas 5,510 liter minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 hasil maklumat orang awam dan risikan pasukan penguat kuasa terbabit.

Operasi yang dilakukan selama dua minggu di sekitar Taiping itu membuahkan hasil apabila berjaya membongkar aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan minyak diesel bersubsidi di ladang sawit, Trong, dekat sini kira-kira jam 5 petang pada Sabtu.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pihaknya mendapati sindiket ini dilakukan dengan cara menggunakan sebuah lori bertutup kanvas yang membuat pembelian diesel di stesen minyak sekitar Segari dan Manjung secara berulang kali.

KPDN Perak rampas 5,510 liter diesel subsidi di Taiping Datuk Kamalludin Ismail subsidi
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pihaknya mendapati sindiket dilakukan dengan cara menggunakan sebuah lori bertutup kanvas dengan membuat pembelian diesel di stesen minyak sekitar Segari dan Manjung secara berulang kali. foto KPDN PERAK

Katanya, minyak diesel tersebut disimpan di satu premis tidak berlesen dalam ladang sawit untuk dijual kepada pengguna industri dengan mengambil keuntungan berlipat kali ganda.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah menemui cecair yang disyaki minyak diesel, 6 buah square tank, peralatan pam penyedut, kamera litar tertutup (CCTV), dan sebuah lori telah disita.

“Dua lelaki tempatan masing-masing berumur 28 dan 56 tahun yang disyaki pemandu lori dan majikan telah ditahan untuk siasatan lanjut”, katanya dalam satu kenyataan.

KPDN Perak rampas 5,510 liter diesel subsidi di Taiping Datuk Kamalludin Ismail subsidi
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pihaknya mendapati sindiket dilakukan dengan cara menggunakan sebuah lori bertutup kanvas dengan membuat pembelian diesel di stesen minyak sekitar Segari dan Manjung secara berulang kali. foto KPDN PERAK

Beliau berkata, kesemua barangan tersebut disita untuk tindakan selanjutnya dengan nilai anggaran keseluruhan barang rampasan berjumlah RM38,389.20.

Tambah Kamalludin, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Dalam pada itu, katanya lagi, KPDN Perak menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam aktiviti atau sindiket penyalahgunaan barang-barang kawalan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak rekod nilai rampasan lebih RM3 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI