KPDN rampas diesel, dua lori bernilai hampir RM150,000

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas minyak diesel dan pelbagai peralatan bernilai hampir RM150,000 dalam serbuan Ops Tiris 2025 di sebuah bengkel di Kampung Kepayang, di sini, semalam.

Serbuan kira-kira jam 6.10 petang itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak hasil risikan serta pemantauan selama seminggu terhadap sindiket penyelewengan barang kawalan di kawasan Ipoh.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, sindiket terbabit mendapatkan minyak diesel pada harga subsidi sekitar RM1.80 seliter daripada pemandu lori yang menyeleweng bahan api itu sebelum dijual kepada pihak industri di pasaran gelap pada harga RM2.40 seliter.

“Hasil pemeriksaan, kita menemukan 1,220 liter minyak diesel yang disimpan dalam tangki simpanan pukal (IBC) di atas dua buah lori.

“Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun yang mengaku sebagai pemandu lori gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran, lesen atau permit menyimpan barang kawalan daripada Pengawal Bekalan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, tindakan sitaan dibuat ke atas 1,220 liter diesel, dua buah lori, tangki IBC, dan pam dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM132,446.80

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak rampas 19,000 liter diesel tanpa permit di tapak pembinaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI