KPDN rampas telefon berjenama terkenal, aksesori tiruan

IPOH – Sebanyak 11 unit telefon berjenama terkenal disyaki tiruan dirampas dalam serbuan yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak kerana melanggar Akta Cap Dagang 2019 iaitu mengguna pakai cap dagangan berdaftar secara salah, semalam.

Turut dirampas dalam serbuan yang dijalankan di sekitar jam 10.30 pagi di dua premis perniagaan berasingan di Jalan Laksamana itu ialah 31 unit aksesori telefon.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan dilakukan susulan aduan oleh Wakil Pemilik Cap Dagangan berhubung penjualan telefon dan aksesori telefon berjenama terkenal yang disyaki tiruan di premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut sedang beroperasi dan menjalankan perniagaan menjual telefon dan aksesori peralatan telefon pelbagai jenama yang dipercayai tiruan.

“Wakil syarikat cap dagang telah melakukan pengesahan awal ke atas barangan terbabit dan disyaki premis telah melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

“Oleh itu, premis perniagaan terbabit telah melakukan di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, dua lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an telah ditahan sementara untuk membantu siasatan.

“Semua barangan yang disyaki menggunakan cap dagang palsu dan dokumen berkaitan telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai yang dianggarkan berjumlah RM10,869. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Awas peniaga ‘naik harga’ sempena TMP 2024, anda dipantau!

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI