KPKT sasar bina 50 taman rekreasi awam setahun

IPOH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan untuk membina sekurang-kurangnya 50 taman rekreasi awam di seluruh negara dalam tempoh setahun.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pembinaan taman tersebut bertujuan mewujudkan persekitaran hijau di sekitar kawasan perumahan sekali gus memberi peluang untuk penduduk setempat mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurutnya, KPKT akan memperuntukkan RM500,000 dengan keluasan 1.21 hektar bagi setiap taman yang dibina.

“KPKT akan meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk membina 22 taman rekreasi awam di seluruh Perak menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT).

KPKT sasar bina 50 taman rekreasi awam setahun
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerima penerangan ketika hadir merasmikan pembangunan landskap persekitaran kehidupan di Taman Woodland di Bandar Baru Tambun. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 FEBRUARI 2024.

“Pembinaan taman tersebut adalah bersempena Tahun Melawat Perak dan dijangka siap pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pembangunan landskap persekitaran kehidupan di Taman Woodland di Bandar Baru Tambun di sini pada Selasa.

Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

KPKT sasar bina 50 taman rekreasi awam setahun
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming merasmikan pembangunan landskap persekitaran kehidupan di Taman Woodland di Bandar Baru Tambun. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 FEBRUARI 2024.

Dalam pada itu, Kor Ming juga telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Daerah Batu Gajah di Taman Pusing Baru dengan menggalakkan penduduk di sekitar untuk menderma pokok di kawasan taman rekreasi awam.

“Kita jangka seramai 300 keluarga yang sudi keluarkan dana dan pokok tersebut akan dinamakan di atas nama keluarga penderma.

“Bagaimanapun, kerja-kerja landskap akan dibuat oleh PBT. Inisiatif tersebut mampu mengurangkan vandalisme yang banyak berlaku di taman rekreasi awam,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPKT peruntuk RM750,000 untuk sistem pencahayaan di Taman DR Seenivasagam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI