KPKT peruntuk RM750,000 untuk sistem pencahayaan di Taman DR Seenivasagam

IPOH – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan berjumlah RM750,000 bagi melaksanakan pembangunan sistem pencahayaan di Taman DR Seenivasagam di sini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, projek tersebut dilaksanakan sebagai persiapan menjelang Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.

Menurutnya, selain itu, KPKT turut merancang menjalankan projek pembangunan semula rumah pangsa Waller Court yang terletak berhampiran dengan Taman DR Seenivasagam.

“Kita percaya selepas sistem pencahayaan dipasang Taman DR, ia akan lebih menarik menawan serta mampu dibangunkan sebagai satu lagi destinasi pelancongan di Ipoh.

“Dalam masa sama, kita turut mempunyai perancangan untuk membangunkan semula secara bersepadu Waller Court bersama Taman DR untuk menjadi Ipoh City Center.

“Ipoh City Center ini akan menjadi satu lagi mercu tanda ikonik di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pelancaran Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan di Taman DR Seenivasagam, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee; Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Malaysia, PLANMalaysia, Dr Alias Rameli dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Kor Ming, berkata, beliau akan memastikan projek pembangunan semula Waller Court dapat direalisasikan dengan segera.

Rumah pangsa Waller Court yang terletak di Jalan Datuk Onn Jaafar dibina pada 1962 dan diselenggara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta disewakan kepada golongan berpendapatan rendah. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Operator tapak perkhemahan ada dua tahun untuk pemutihan

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI