Lebih 1,000 orang dapat ikan, sayur, beras percuma

IPOH – Kira-kira tiga tan ikan kembung dan cencaru, sayur-sayuran serta beras diedarkan secara percuma kepada lebih 1,000 penduduk di sekitar bandar raya Ipoh pada program Bantuan Dapur Rakyat Sempena Ambang Tahun Baru 2024 di Taman Seri Tasek, di sini, pada Ahad.

Program anjuran Ariff Frozen Food dengan kerjasama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) adalah yang kedua diadakan selepas tahun lalu.

Orang ramai berbaris seawal 7.30 pagi dan berbaris sepanjang 500 meter untuk mendapatkan barangan dapur basah dan kering itu.

Lebih 1,000 orang dapat ikan, sayur, beras percuma
Orang ramai beratur untuk mendapatkan Bantuan Dapur Rakyat Sempena Ambang Tahun Baru 2024 Anjuran Ariff Frozen Food dengan kerjasama Persatuan India Muslim (PRIM) Perak di Perkarangan Ariff Frozen Food, Ipoh hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 DISEMBER 2023.

Program yang diadakan di premis perniagaan mereka ini bermula dari jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari.

Pengarah Urusan Ariff Frozen Food, Fauziah Mohamed Arib berkata, sumbangan ini diberikan melalui hasil keuntungan perniagaan mereka yang telah beroperasi sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, keuntungan yang diperoleh dipulangkan kembali dengan memberikan bantuan kepada orang ramai yang memerlukan.

“Hari ini, kami berkongsi rezeki bersama orang ramai dan berharap bantuan yang tidak seberapa ini dapat menggembirakan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program itu di sini, pada Ahad. Hadir sama, Pengerusi PRIM, Mohamed Arib Aliah.

Lebih 1,000 orang dapat ikan, sayur, beras percuma
Pengerusi Persatuan India Muslim (PRIM) Perak, Mohamed Arib Aliah menyampaikan Bantuan Dapur Rakyat Sempena Ambang Tahun Baru 2024 Anjuran Ariff Frozen Food dengan kerjasama PRIM Perak di erkarangan Ariff Frozen Food, Ipoh hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 DISEMBER 2023.

Sementara itu, pesara swasta, Mohamad Saperi Suki, 62, berkata, sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan terutamanya B40.

“Terima kasih diucapkan kepada Ariff Frozen Food dan PRIM yang mengambil inisiatif memberikan barangan mentah ini secara percuma dan saya berharap mereka akan terus melakukan kebajikan bagi meringankan beban orang ramai,” jelasnya.

Lebih 1,000 orang dapat ikan, sayur, beras percuma
Pesara Swasta, Mohamad Saperi Suki, 62, menerima Bantuan Dapur Rakyat Sempena Ambang Tahun Baru 2024 anjuran Ariff Frozen Food dengan kerjasama Persatuan India Muslim (PRIM) Perak di perkarangan Ariff Frozen Food, Ipoh hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 DISEMBER 2023.

Surirumah, Radzipah Sulaiman, 58,  berkata, dia bersama anaknya mula berbaris seawal jam 7.30 pagi bagi mendapatkan barangan dapur tersebut.

Katanya, dalam keadaan sekarang, adalah wajar mereka yang berkemampuan untuk tampil membantu memandangkan ramai yang tertekan dengan situasi ekonomi.

“Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan atas bantuan ini,” katanya yang datang dari Desa Tambun, di sini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

NGO agih beras percuma bantu keluarga untuk kenduri kahwin

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI