NGO agih beras percuma bantu keluarga untuk kenduri kahwin

BAGAN DATUK – Walaupun isu kekurangan beras hangat diperkatakan namun itu tidak menghalang Kelab Silaturahim Bagan Datuk membantu memberikan beras untuk kenduri kahwin kawasan Parlimen Bagan Datuk.

Sebanyak 1.3 tan beras telah diagihkan kepada 85 keluarga pengantin untuk digunakan pada hari kenduri membabitkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Rungkup dan Hutan Melintang yang terletak di bawah kawasan Parlimen tersebut.

Timbalan Pengerusi Kelab Silaturahim Bagan Datuk, Muhammad Nabil Saleh berkata, program tersebut telah dimulakan sejak hampir setahun lalu bertujuan meraikan dan meringankan beban pengantin termasuk keluarga mereka.

Menurutnya, terbaharu mereka mengagihkan 100 kilogram (beras) untuk meringankan beban keluarga pengantin selain jemputan kenduri yang kebanyakan daripada penduduk setempat turut mendapat manfaat sumbangan tersebut.

“Kebanyakan majlis kenduri di sini dibuat secara bergotong-royong, jadi kita fikir sumbangan beras 100kg ini diharap dapat membantu dalam mengurangkan kos kenduri keluarga pengantin terbabit.

“Setakat ini, Alhamdulillah sambutan yang kita terima amat menggalakkan,” katanya kepada media baru-baru ini.

Katanya, sebelum ini, pihaknya hanya memberikan bantuan beras kepada mereka yang memohon sahaja namun kini selepas menerima kad jemputan perkahwinan pihaknya akan terus mengedarkan beras beberapa hari sebelum majlis berlangsung.

Menyentuh isu kesukaran mendapatkan beras tempatan, beliau menjelaskan program berkenaan tetap diteruskan walaupun terpaksa menggunakan beras import dengan harga lebih tinggi.

“Kita dalam proses bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi membantu mendapatkan beras tempatan supaya Program Beras Walimah tidak terhenti malah sumbangan ini diberikan kepada mereka yang layak memandangkan kita tidak terikat dengan mana-mana parti politik,” jelasnya. – MG Perak

BACA LAGI

Kabin kecil pakcik Osman, si tukang kasut

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI