‘Kabin kecil’ pakcik Osman, si tukang kasut

WALAUPUN hidup sebatang kara selepas kematian isteri pada tahun 2020, Osman Sidek tidak pernah patah semangat dan tetap meneruskan kehidupannya sebagai tukang kasut.

Kabin kecil yang terletak di antara Jalan Sultan Azlan Shah dengan Jalan Rapat Jaya bersebelahan Megoplex di Ipoh sudah menjalankan operasi membaiki kasut di kawasan itu lebih 15 tahun.

Menawarkan harga serendah RM1 sehingga RM5 bagi sepasang kasut, warga emas itu berkata harga bergantung kepada kepada saiz dan jenis kasut yang dibaiki.

Lelaki berusia 65 tahun itu berkata kabin kecil berukuran 1.8 meter kali 1.2 meter yang berharga RM3,300 dibina pada 2021 selepas kematian isterinya, Suhaila Shamsuddin pada Julai 2020.

Sebelum kematian isteri, Usman bekerja di dalam pondok kecil dan berulang alik ke rumahnya di Taman Sri Rapat.

Dia juga terpaksa berhenti kerja kerana mahu memberi tumpuan menjaga isterinya yang sakit.

“Selepas kematian isteri, saya tidak mahu sewa rumah dan buat keputusan untuk tidur di dalam pondok hampir setahun.

“Apabila malam saya tumpang menggunakan tandas sebuah rumah pusaka sebuah keluarga yang terletak berhampiran pondok ini.

Kabin Kecil Pakcik Usman si tukang kasut
Tukang kasut, Osman Sidek 65, menerima tempahan membaiki kasut pelanggan di kabin kasutnya, Medan Gopeng, Ipoh.

“Keluarga tersebut tidak tinggal di situ dan lepas itu mereka membenarkan saya tinggal di sana. Sekarang sudah dua tahun saya duduk dan jaga rumah itu tanpa membayar sewa,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette pada Selasa.

Dalam pada itu, Usman berkata dia memilih untuk kerja di dalam kabin kecil tersebut kerana lebih selesa.

“Kalau kita duduk tepi jalan, macam-macam masalah ada. Lebih baik ada pondok kecil tempat sendiri, tidak mengganggu jalan atau orang lain.

“Longkang di sini pun pakcik yang bersihkan dan duduk di sini juga selamat tiada apa-apa masalah.

“Walaupun panas, hujan tapi masih boleh mencari rezeki,” jelasnya.

Kepada orang Ipoh yang ingin membaiki kasut boleh singgah di kabin kecil pakcik Osman, beroperasi setiap hari kecuali Ahad dari jam 8 pagi hingga 5 petang. – MG Perak

BACA LAGI

Harap nama limau Tambun jadi ‘hak eksklusif’ Perak

MGPerak: Kabin Kecil Pakcik Osman, Si Tukang Kasut

MGPerak: ‘Kabin Kecil’ Pakcik Osman, Si Tukang Kasut

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI