MGPerak: Resipi Tradisi Bawa Bahulu Perak Tembusi Pasaran Arus Perdana

1

HANYA bermula di dapur rumah kecil di FELDA Trolak Utara di Sungkai, Tanjung Malim, jenama ‘Bahulu Perak’ membuktikan bahawa perniagaan kuih tradisional mampu bersaing dalam pasaran arus perdana termasuk menembusi jenama pasar raya besar.

Perjalanan hampir dua dekad pasangan suami isteri, Mohd Hazli Hussain, 47, dan Zahilah Asmuni, 46, membuktikan bahawa usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) boleh terus maju ke hadapan dalam mendepani rencam dunia perniagaan.

Menurut Mohd Hazli, perniagaannya itu pada asalnya beroperasi di sebuah premis di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, selepas beliau dan isteri membuat keputusan untuk berhijrah dari Sungkai ke Ipoh pada tahun 2015. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #saaranimohamad #peraksejahtera2030 #bahuluperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini